16 Aug 2014

What Is Nuffnang?

Assalamualaikum & Hai semua!

Ok!Ok!It's time for me to blogging.Yeah!Ha!Mesti korang tertanya-tanya kali ni entry apa pulak yang Syaz akan update?Ha!Yang tu korang kena teka.Apakah?Haa!Kalau korang nak tahu Syaz akan buat entry tentang Nuffnang.Mesti korang tertanya-tanya kan?Nuffnang tu apa?Alright!Nak tahu?Ok!Before that,korang kena makan biskut oreo dulu?Tak ada?Cari lah mana-mana biskut yang ada krim kat dalamnya tu.Then,ambik segelas susu Dutch Lady kalau tak ada susu lain pun tak apa.Bukak biskut oreo.Korang nampak krim kan?Tutup balik and celup dalam susu.Macam mana?



Ok?And now,jom kita terjah segala abjad-abjad yang ada beribu-ribu bilangannya ni.Dah ready,jom!Chu..chu...chu.Korang perasan tak ada iklan-iklan dekat blog Syaz?Ada kan?Lepas tu perasan tak bawah iklan tu ada perkataan "ads by nuffnang" kan?

1.Pengenalan Nuffnang

Ok!Kalau korang nak tahu,Nuffnang ialah komuniti pengiklanan blog yang terkemuka di dunia,bagi orang-orang yang berkongsi minat untuk berblogging.Kini bilangan penulis blog menjangkau lebih daripada 300,000 penulis di 8 buah negara dan wilayah seperti Malaysia,Singapura,Filipina,Australia,China,Hong Kong,Thailand, dan United Kingdom.

Di Nuffnang, para blogger menjana pendapatan melalui iklan-iklan blog yang diletakkan oleh pelbagai jenama dan menjadi sebahagian komuniti rapat melalui rangkaian luas acara-acara eksklusif dan peraduan yang pihak Nuffnang anjurkan dan sokong,khas untuk korang.Nuffnang adalah komuniti untuk blogger oleh blogger,pihak Nuffnang berusaha untuk memastikan dunia blog tempatan berkembang maju..

2.CPUV(Cost-Per-Unique-Visit)

Dalam Nuffnang ni,korang bila dah daftar Nuffnang.apa yang korang patut buat korang kena tingkatkan CPUV.Ha?CPUV tu apa?Korang mesti tak tahu kan?Tak apa,tak apa.Syaz tolong korang.CPUV ialah Cost-Per-Unique-Visit.Dalam bahasa Malaysia ialah Kos-Per-Unit-Lawatan.Faham?Ok,ok..CPUV ni sangat penting sebab CPUV ni lah yang menentukan pendapatan korang.Pihak pengiklan yang memilih blog untuk kempen CPUV berdasarkan beberapa kriteria seperti sasaran audiens blog,genre blog dan pengaruh kuat. Misalnya,syarikat kosmetik akan cenderung memilih untuk mengiklan di blog yang kandungannya lebih kepada fesyen dan kecantikan dengan pembaca wanita.

Blogger dengan status #Glitterati juga akan diberi keutamaan dalam pemilihan.Bagaimana?

Pastikan iklan-iklan korang diletakkan secara optimum,mengemaskinikan profil blogger dan survei akan meningkatkan peluang pihak pengiklan memberi perhatian kepada blog korang dan meningkatkan peluang blog korang dipilih untuk Kempen CPUV.

(i)Cara Meningkatkan CPUV

  • share link blog korang di Facebook,Twitter,Instagram dan lain-lain.
  • buat giveaway.(Cara ni lebih bagus sebab ramai akan masuk blog korang)
  • jangan lupa blogwalking dekat mana-mana blog.
  • suruh pengunjung blog korang klik iklan nuffnang(Klik iklan Nuffnang Syaz ok?)


3.CPC(Cost-Per-Click)

CPC ni pun sama fungsi dia dengan CPUV tetapi yang ni orang yang masuk ke blog korang mesti klik iklan yang ada dekat blog korang.Jangan pulak korang klik iklan korang sendiri nanti,status Glitterati korang daripada warna kuning ke warna hijau pulak.Nanti susahlah nak dapat income daripada Nuffnang.Glitterati tu apa pulak?

4.Glitterati

Glitterati ialah Nuffnager Eksklusif.Nuffnager Ekslusif ni merupakan blogger Nuffnang yang mempunyai #TIADA iklan-iklan dari mana-mana,memperkatakan tentang atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara atau sebarang rangkaian iklan yang disifatkan sebagai pesaing atas blog korang.So jangan curang dengan Nuffnang,ok?

(ii)Bagaimana nak memohon untuk kelab "Glitterati Nuffnang" atau dengan kata lain "Nuffnager Eksklusif"?

Korang tak perlu membuat permohonan, korang secara automatik akan menjadi ahli Glitterati Nuffnang selagi korang #tidak mempunyai sebarang iklan dari mana-mana,memperkatakan tentang atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara atau sebarang rangkaian iklan yang pihak Nuffnang sifatkan sebagai pesaing atas blog korang.Crawler Nuffnang akan secara automatik menyertakan blog korang dalam kelab dalam tempoh 7 hari.

Harap maklum bahawa sekiranya iklan daripada ataupun memaut kepada jaringan pesaing disertakan dalam blog korang pada bila-bila masa,crawler Nuffnang akan mengesannya dalam 4 hari dan korang akan dikeluarkan dari kelab secara automatik.

(iii)Kenapa Patut Sertai Komuniti Glitterati Nuffnang?

(a)KADAR BAYARAN UNTUK KEDUA-DUA KEMPEN CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISITOR) DAN CPC (COST-PER-CLICK).

Semakin kurang iklan seorang blogger paparkan atas blognya, semakin tinggi suara setiap iklan kerana ia tidak perlu bersaing dalam ruang sempit. Maka, semakin tinggi CTR (Click-Through-Ratio) dan semakin tinggi nilai ruang iklan dalam blog tersebut.

Sebagai contoh, korang tidak akan mungkin jumpa 8 iklan berbeza di atas satu halaman surat khabar yang sama kecuali di bahagian Classifieds di mana setiap pengiklan membayar jumlah yang kecil. Akibatnya, ahli Nuffnang Glitterati akan menjana pendapatan sebanyak 20-40% lebih daripada blogger yang memenuhi blog mereka dengan iklan-iklan lain.

(b)TERMA PEMBAYARAN

Nuffnang membayar ahli-ahli Glitterati 30 hari selepas setiap hujung bulan tarikh permohonan cashout. Dari situ,cek tersebut akan dikumpulkan dan dihantar ke bank untuk pemprosesan guaman sebelum dihantar kepada alamat yang didaftarkan.Pemprosesan dan penghantaran oleh pihak bank akan mengambil lebih kurang 2 minggu.

Sebaliknya, Nuffnang mengambil selama 60 hari untuk memproses pembayaran cashout untuk ahli bukan-Glitterati. Dalam kata lain, ahli Glitterati akan menerima pendapatan mereka dalam tempoh masa yang lebih singkat.

(c)PELUANG ADVERTORIAL

Ramai blogger sedia maklum bahawa kempen iklan banner menjana pendapatan yang stabil, namun sebenarnya advertorial yang menawarkan bayaran yang paling lumayan. Setiap advertorial, bergantung kepada pihak pengiklan, komitmen dan trafik blog, mampu membawa bayaran yang amat lumayan sekali. Tambahan lagi, kadang kala pengiklan akan memberi hadiah percuma juga!

Sebelum ini, peluang advertorial terbuka kepada kesemua Nuffnangers.Namun, disebabkan permintaan tinggi untuk advertorial dan keperluan untuk kami mencari blogger mana dari beribu-ribu untuk diberi advertorial, kini hanya blogger ekslusif akan layak diberi advertorial.

(d)ACARA KOMUNITI

Nuffnang dikenali dalam menganjurkan antara acara komuniti yang paling meriah seperti tayangan filem, review makanan, pelancaran media dan banyak lagi acara ekslusif. Seingin kami untuk melanjutkan jemputan acara-acara kami kepada kesemua Nuffnangers, ia sering sukar untuk menampung kesemua orang.

Disebabkan itu, Nuffnang ingin memberikan ahli Glitteratinya keutamaan yang paling tinggi apabila memberikan jemputan kepada acara-acara yang dilatakan tadi.

(e)PERADUAN

Nuffnang telah menjadi hos kepada peraduan dan pemberian hadiah, di mana blogger-blogger menerima hadiah seperti baucar diskaun, hamper produk, telefon bimbit, camera and juga lawatan ke luar negara dimana kesemua perbelanjaan telah ditanggung Nuffnang!

Dengan permintaan tinggi untuk peraduan-peraduan seperti ini, Nuffnang akan memberi keutamaan kepada ahli Glitterati sebelum membuka kepada ahli bukan-Glitterati.


Untuk pagi ni,itu sahaja.So Syaz nak maklumkan yang Syaz busy minggu depan so maybe 
nak update entry tu susah sikit.Insyaallah kalau ada masa,
Syaz akan updated.Jangan lupa tau klik iklan nuffnang.Ok?
Tata.Kalau tak faham boleh comment dekat comment box bawah entry ni.Ok?
안녕히 가세요 (annyeongi gasaeyo).




 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

No comments:

 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)