4 Oct 2014

Kertas 3(Bab 10:Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara)

Assalamualaikum & Hie semua!

Sebelum tu,Syaz nak minta maaf sangat sangat dekat korang sebab lama tak update entry dekat blog Syaz.Laptop ada virus tapi sekarang alhamdulillah dah ok.So insyaallah Syaz akan update entry untuk tutorial blog,download lagu,tengok tv online dan macam-macam lagilah.Ok?Ha!Sekarang ni,Syaz nak kongsi dengan korang Kertas 3 Sejarah "Bab 10 iaitu  Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara" tingkatan 4.Korang boleh copy and print.Syaz bagi percuma dekat korang.Ni bukan nota ok..yang ni untuk Kertas 3 Sejarah.Nota Sejarah insyaallah Syaz akan kongsikan dengan korang.



SEJARAH KERTAS 3
BAB 10:DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP 
EKONOMI NEGARA


Tajuk Khusus;Sejauh manakah kemajuan dan pembangunan ekonomi yang dikecapi oleh negara Malaysia masa kini berteraskan pengenalan ekonomi moden yang dibawa oleh penjajah Barat.Bincangkan.


      1.Jelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah.

F1 Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi
F2 Antaranya melombong/ bercucuk tanam/ memungut hasil hutan/ menternak binatang/ menangkap ikan
F3 Dilakukan secara kecil-kecilan
F4 Secara sara diri
F5 Pengeluaran dilakukan dalam skala yang kecil
F6 Penggunaan jumlah buruh yang terhad
F7 Penggunaan teknologi mudah
F8 Memiliki modal yang kecil
F9 Mempunyai pasaran yang yang kecil
F10 Lebihan hasil yang ada digunakan semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat
F11 Digunakan untuk pertukaran barangan/ kenduri-kendara/ pembayaran zakat/ sedekah/ hadiah
F12 Lebihan pengeluaran disimpan dalam tempoh masa yang lama untuk tujuan memastikan kelangsungan bekalan makanan/ tujuan sebagai benih
F13 Masyarakat Melayu menanam padi/ ubi/ pisang/ kelapa
F14 Masyarakat Melayu menternak ayam/ itik/ lembu/ kerbau/ untuk menambah sumber bekalan makanan
F15 Alatan mudah yang digunakan seperti tajak/ cangkul/ tugal dan tenggala
F16 Teknologi mudah yang digunakan lebih banyak digerakkan oleh tenaga manusia/ binatang bukannya mesin
F17 Aktiviti ekonomi biasanya dilakukan secara bersama oleh  ahli keluarga
F18 Tidak berlakunya pembahagian pekerjaan
F19 Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur

     2.(i) Terangkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dari tahun 1878 sehingga berlakunya Perang Dunia Kedua.
(ii) Terangkan perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu dari abad ke-9 hingga berlakunya Perang Dunia Kedua.  

i) Getah
F1       F1Getah yang ditanam di negara kita berasal dari Brazil
           H1a Pada tahun 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden
      H1b Dari Singapura, beberapa batang anak pokok getah dibawa ke Kuala Kangsar
      H1c Di Kuala Kangsar ditanam di halaman kediaman Residen Perak/ Sir Hugh Low
      H1d Dijadikan tanaman hiasan
      H1e Getah dijadikan tanaman komersial oleh pihak British pada awal abad ke-20
      
      F2 Kejatuhan harga kopi menjadi penyebab orang ramai di Tanah Melayu beralih   menanam getah
      H2a Hal ini disebabkan pengeluaran kopi secara berlebihan oleh negara Brazil
      H2b masalah penyakit kopi disebabkan serangan serangga perosak menyebabkan  peladang bertukar menanam getah

      F3 Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah
      H3a menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap getah
      H3b getah digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta/ motokar
      H3c getah juga diperlukan untuk membuat kasut/ pakaian/ alat perubatan/ penebat elektrik

      F4Peranan H.N. Ridley
      H4a  beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden Singapura pada tahun 1888
      H4b beliau meyakinkan para peladang supaya menanam getah
      H4c beliau mengadakan pameran pokok getah
      H4d beliau mengagihkan benih getah secara percuma
      H4e beliau memperkenalkan teknik penorehan yang tidak merosakkan pokok getah
      H4f teknik itu dipanggil ibidem/ teknik torehan ikan herring
      
      F5 Tenaga buruh yang mencukupi
      H5a buruh dari India Selatan dibawa untuk bekerja di ladang getah
      H5b buruh dibawa melalui sistem buruh bebas/ sistem kontrak/ sistem kangani
      H5c dibayar dengan gaji yang murah
      H5d dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang getah
      F6 Pelaburan yang besar menjayakan tanaman getah
      H6a modal yang besar dikeluarkan oleh pemodal Eropah
      H6b penubuhan syarikat perwakilan di tanah Melayu
      H6c contohnya Harrison an Crosfield/ Boustead Buttery Agency/ Gutrhrie/ Sime  Darby
      H6d syarikat-syarikat ini membuka ladang yang besar dan menguruskan eksport getah
      
      F7 Dasar British memberi galakaan dan sokongan kepada pemodal asing
      H7a menyediakan kadar sewa tanah yang rendah
      H7b tarif cukai yang rendah kepada peladang getah
      H7c pemberian 4 % dividen kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905
      H7d pengecualian cukai eksport selama 50 tahun

      F8 Pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan landasan keretapi
      H8a untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan  pusat pentadbiran
      H8b bertujuan memudahkan golongan pengusaha
         
           F9 Pada awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia
      H9a ladang-ladang getah telah dibuka secara besar-besaran di Selangor/ Perak/  Negeri Sembilan/ Johor
      H9b pada tahun 1920 Tanah Melayu menghasilkan 53 % daripada pengeluaran  getah dunia
      H9c Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar getah terbesar di dunia
      H9d penduduk tempatan mengusahakan tanaman getah secara kebun kecil
      H9e orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial/ getah dalam  Tanah Simpanan Melayu
      H9f melalui Enakmen Tanah Padi 1917, melarang penanaman getah di kawasan  penanaman padi   
     
       ii. Bijih Timah
      F10 Sebelum kedatangan British orang Melayu mengusahakan perlombongan bijih timah secara tradisional
      H10a mereka menggunakan cara mendulang
      H10b mereka menggunakan cara melampan
    
      F11 Awal 1820-an orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja oleh pembesar Melayu
      H11a misalnya di daerah Lukut, Sungai Ujong, Klang
      F12 Lombong dibuka dan diusahakan oleh pembesar Melayu 
      H12a pekerjaan dilakukan oleh buruh tempatan
      H12b contoh pembesar Melayu Long Jaafar/ Ngah Ibrahim/ Raja Jumaat/ Dato’ Kelana/ Dato’ Bandar
      H12c hasil dieksport ke Jepun/ China/ India
    
      F13 Mulai pertengahan abad ke-19 penglibatan pengusaha Cina mulai ketara
      H13a pengusaha Cina didikawal dan dipantau sepenuhnya oleh pembesar Melayu tempatan
      H13b pengusaha Cina mesti mendapatkan kebenaran pembesar Melayu untuk mengusahakan lombong
      H13c pembesar Melayu memastikan bijih yaang telah dilombong dijual semula kepada mereka
      H13d harga bijih timah ditentukan oleh pembesar Melayu
      H13e terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar Cina dari Negeri-Negeri Selat
      H13f tujuannya untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat
    
      F14 Penglibatan pengusaha Cina secara besar-besaran
      H14a lombong-lombong bijih timah dibuka di Ampang/ Kuala Lumpur/ Lembah Kinta
      H14b Pengusaha Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah
      H14c mereka perkenalkan kaedah pam kelikir
      H14d mereka perkenalkan kaedah bomba palung
      H14e sehingga akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai perlombongan bijih timah
      H14f cara pengeluaran berintensifkan buruh digunakan pengusaha Cina
    
      F15 Pada awal abad ke-20 penguasaan perlombongan bijih timah dikuasai oleh orang Eropah
      H15a mereka berjaya menyediakan modal yang banyak
      H15b menggunakan teknologi kapal korek
      H15c kapal korek pertama kalinya digunakan di Batu Gajah, Perak
      H15d digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging
      H15e pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu
    
      F16 Revolusi perindustrian di Eropah menyebabkan permintaan terhadap bijih timah meningkat
      H16a bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan
      H16b Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia
    
      F17 Kemajuan sistem pengangkutan
      H17a landasan kereta api dan jalan raya dibina bagi menghubungkan kawasan  pengeluaran bijih timah dengan pelabuhan
      H17b tujuan untuk memudahkan pengeksportan bijih timah ke luar negara
      
      F18 Kedatangan buruh asing dari China
      H18a dibayar dengan upah yang murah
      H18b datang dengan cara sistem tiket kredit/ sistem pengambilan kakitangan/  sistem rumah kongsi

   3.Buat satu analisis yang terperinci tentang usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak British bagi menghadapi kemerosotan harga getah dan bijih timah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua tercetus.
   i.        
            i)Getah
      F1 Perusahaan getah bergantung kepada keadaan pasaran dunia
      H1a pada tahun 1920-an dan 1930-an berlaku kemelesetan ekonomi dunia
      H1b harga pasaran getah telah jatuh dengan begitu rendah
      H1c harga getah meleset sehingga menjadi 20 sen sepaun
      H1d terus meleset merudum sehingga 5 sen sepaun pada tahun 1932
      H1d pelbagai kesan negatif berlaku ke atas ekonomi Tanah Melayu
    
      F2 British memprkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922
      H2a bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah di pasaran dunia
      H2 b bertujuan untuk meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia
      H2c rancangan hanya disertai oleh negara-negara naungan British
      H2d antaranya Tanah Melayu dan Sri Lanka
      H2e rancangan ini gagal mencapai matlamatnya
      H2f hal ini berlaku kerana negara-negara lain enggan menyertainya seperti Belanda yang menjajah Indonesia
      H2g Belanda meningkatkan lagi pengeluaran getah
      H2h jumlah eksport getah Tanah Melayu mengalami kemerosotan
      H2i rancangan dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober  1928
      H2j hendak mengurangkan pengeluaran getah sehingga ke paras 60% daripada jumlah pengeluaran pada tahun 1920
      H2k rancangan Stevenson ditamatkan pada tahun 1928
    
      F3  Dasar British terhadap tanah milik orang Melayu berkaitan ehwal getah
      H3a orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial (getah) atas Tanah Simpanan Melayu
      H3b memeperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi
      H3c bertujuan mengurangkan penyertaan pekebun kecil getah daripada kalangan orang Melayu
      H3d menaikkan premium untuk permohonan tanah baharu untuk tujuan penanaman getah
      H3e pekebun kecil diberi kuota pengeluaran getah yang rendah oleh kerajaan British
    
      F4 Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934 – 1943
      H4a bertuan mengurangkan pengeluaran getah
      H4b sekali gus dapat meningkatkan kembaali harga getah
      H4c disertai oleh Tanah Melayu/ Borneo Utara/ Sarawak/ Burma/ Thailand/ Indo- China/ Indonesia/ Ceylon/ India
      H4d rancangan menetapkan kuota eksport getah untuk setiap negara
      H4e penanaman baharu dan penanaman semula disekat
      H4f menetapkan sistem kupon
      H4g mengehadkan jumlah penjualan getah oleh pekebun kecil
      H4h mengehadkan bilangan hari boleh menoreh pokok getah
      H4i rancangan ini berjaya menstabilkan semula harga getah

       ii)Bijih Timah
      F5Kemerosotan perusahaan bijih timah kerana bergantung kepada keadaan pasaran dunia
      H5a apabila pengeluaran timah melebihi permintaan dunia harganya akan jatuh
      H5b harganya jatuh ke peringkat paling rendah semasa Zaman Kemelesetan Dunia 1929 -1932
    
      F6 Telah ditubuhkan International Tin Committee pada tahun1931/ Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani
      H6a disertai oleh negara-negara pengeluar bijih timah yang utama
      H6b seperti Nigeria/ tanah Melayu/ Indonesia/ Bolivia
      H6c badan ini bercadang mengehadkan pengeluaran bijih timah sedunia
      H6d ia dinamakan Rancangan Kawalan Bijih Timah
      H6d stok penimbal diwujudkan bagi mengehadkan eksport bijih timah
      H6e rancangan gagal kerana Thailand dan Indo-China enggan menyertainya
      
      F7 Pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa telah ditubuhkan
      H7a bertujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah sedunia
      H7b berjaya menstabilkan semula harga bijih timah di pasaran dunia

4.Andaikan anda seorang pemimpin masyarakat di tempat tinggal anda. Anda diberi tanggungjawab memajukan ekonomi masyarakat yang anda pimpin.

Berdasarkan kejayaan British memajukan ekonomi di Tanah Melayu, apakah ciri-ciri yang boleh anda ambil untuk memajukan ekonomi masyarakat yang anda pimpin itu?

Berikan alasan anda berbuat demikian.

F1 Menggunakan modal yang besar
H1 dapat memajukan perusahaan/ pertanian/ perbankan/ perlombongan dengan efektif

F2 Menggunakan teknologi moden dan terkini
H2 dapat menjadikan sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan cepat/ berkesan

F3 Menjalankan ekonomi pertanian secaraa berskala besar
H3 dapat menjimatkan kos pengeluaran dan keuntungan yang besar

F4 Menjalankan ekonomi atas tujuan untuk eksport ke kawasan lain
H4 dapat memberi pekerjaan kepada penduduk tempatan sekiranya dilakukan secara besar-besaran

F5 Menjalankan sistem pengurusan/ pentadbiran yang sistematik
H5 dapat membantu meningkatkan kecekapan sumber  manusia

F6 Menarik pemodal luar ke kawasan
H6 dapat membina perusahaan/ perladangan/ perlombongan dalam skala yang besar

F7 Membawa masuk tenaga pakar
H7 dapat membantu membangunkan kawasan dengan adanya bantuan daripada cerdik pandai

F8 Membawa masuk tenaga buruh murah
H8 dapat menjalankan kerja-kerja perburuhan dengan upah yang minimum

F9 Membangunkan prasarana pengangkutan udara/ darat yang baik
H9 dapat memudahkan urusan pengangkutan barangan untuk tujuan eksport-import

F10 Membina sistem perhubungan yang baik dan terkini
H10 dapat menjadikan kawasan tersebut mudah diakses oleh teknologi maklumat

F11 Mewujudkan bandar pintar
H11 dapat menyediakan kemudahan yang sepatutnya wujud dalam sesebuah kawasan

F12 Memastikan undang-undang negara dipatuhi
H12 dapat memberi keyakinan kepada peniaga/ pelabur untuk terus berurusan di kawasan tersebut

F13 Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi
H13 dapat menjamin keelangsungan hidup penduduk di kawasan tersebut

F14 Menerima segala perubahan dengan positif
H14 dapat menerima budaya baharu dalam kehidupan dan menyesuaikannya
       Mana-mana jawapan yang munasabah

5.Ekonomi moden yang dibawa oleh penjajah British lebih banyak meninggalkan kesan positif terhadap ekonomi Malaysia masa kini.
    
   Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas?
  
   Berikan alasan anda.

    Bersetuju:
F1 Membawa tanaman baru ke negara kita
H1 Getah dan kelapa sawit menjadi salah satu hasil eksport negara

F2 Ekonomi negara berdasarkan ekonomi pasaran bebas
H2 Negara mampu bersaing menjadi negara maju menjelang tahun 2020

F3 Teknologi baharu yang dibawa menjadikan Malaysia setanding dengan negara luar
H3 Keupayaan negara membangunkan lagi teknologi baharu/ misalnya kaedah penklonan baka getah banyak susu getah

F4 Negara mampu membina prasarana pengangkutan bertaraf dunia
H4 Contohnya KLIA di Sepang, LRT, Hentian Pudu Raya, Plus Highway

F5 Kewujudan sistem perhubungan bertaraf dunia
H5 Kemajuan dalam internet/ dunia tanpa sempadan/ perbankan internet dsb/ hantar satelit/ Binariang/ Measat/ Tiungsat/ Razaksat

F6 Mampu membina pelabuhan kontena yang baik
H6 Tidak memerlukan pelabuhan Singapura untuk mengeksport bahan dagangan/ Contohnya wujud pelabuhan Tanjung Pelepas/ Pelabuhan Kelang/ Pelabuhan Pulau Pinang/ Pelabuhan Bintulu

F7 Muncul sebagai pengeluar pelbagai dagangan pertanian
H7 Pengeluar lada hitam dan gambir antara terbesar di dunia/ pengeluar tembakar/ kenaf/ nanas

F8 Membolehkan Kuala Lumpur menjadi bandar perdagangan dan perniagaan bertaraf antarabangsa
H8 Banyak syarikat antarabangsa memindahkan ibu pejabat regional mereka ke Kuala Lumpur

F9 Kebolehan institusi perbankan/ insurans menjana ekonomi negara
H9 Institusi berkaitan memainkan peranan penting dalam membangunkan ehwal pemberian kredit/ pemindahan kredit/ bantuan modal/ dan tanggungan liabiliti

F10 Mampu mengubah sikap rakyat tempatan menerima sistem ekonomi moden
H10 Rakyat tempatan terlibat secara langsung dalam sistem ekonomi moden dengan menjadi usahawan/ peniaga/ bankers dsbnya
         Mana-mana jawapan yang munasabah

Tidak bersetuju:
F11 Ekonomi tradisional semakin pupus
H11 Orang Melayu meninggalkan pekerjaan tradisi menanam padi sawah/ menangkap ikan

F12 Pengeluaran padi sawah tidak dapat menampung keperluan penduduk
H12 Negara terpaksa mengimport beras dali luar negara seperti dari China/ Thailand/ Burma

F13 Kewujudan golongan tengah/ orang tengah dalam sistem ekonomi
H13 Rakyat tempatan terpaksa menjual hasil mereka dengan harga yang rendah/ ini merugikan mereka

F14 Tanah mempunyai nilai dalam ekonomi moden
H14 Banyak tanah penduduk tempatan terpaksa dijual kepada orang luar

F15 Rakyat tempatan kurang melibatkan diri dalam sistem ekonomi moden
H15 Taraf hidup penduduk tempatam rendah/ miskin menyebabkan berlakunya jurang ekonomi antara penduduk tempatan dengan orang dagang

F16 Kerajaan hari ini terpaksa menyusun semula ekuiti negara supaya kekayaan negara dinikmati oleh semua kaum
H16 Contohnya kerajaan melaksanakan Dasae Ekonomi Baru

F17 Pembangunan dibangunkan secara giat di kawasan luar bandar
H17 Kawasan luar bandar telah dipinggirkan semasa penjajahan Barat
F18 Penumpuan kepada ekonomi getah dan bijih timah sangat berbahaya terhadap ekonomi negara
H18 Kerajaan hari ini mempelbagaikan sumber ekonomi negara
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

6.Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi menjadikan negara Malaysia sebuah kuasa ekonomi yang setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun?

F1 Mempunyai rakyat yang berpengetahuan/ berpendidikan tinggi
H1 dapat membangunkan ekonomi / mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi

F2 Memiliki modal yang banyak
H2 dapat menjana ekonomi / memajukan kawasan yang belum membangun

F3 Menarik FDI ke negara kita secara berterusan
H3 dapat mengekalkan modal asing supaya kilang-kilang /industri asing terus kekal di negara kita

F4 Menyediakan infrastruktur/ prasarana yang sempurna
H4 kemudahan infrastruktur yang baik dapat memudahkan segala urusan perdagangan berjalan lancar/ contohnya kemudahan jalan raya

F5 Membangunkan hab perdagangan halal
H5 sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, Malaysia boleh menjadi contoh kepada dunia dalam penyediaan hab perdagangan halal

F6 Mempunyai sistem perbankan bermodal besar
H6 sistem perbankan tempatan perlu bergabung bagi menyaingi sistem perbankan asing yang bermodal besar

F7 Memiliki budaya kerja rajin/ ramah/ berbudi bahasa
H6 budaya kerja yang baik bersifat ketimuran dapat menghasilkan pengeluran yang optimum/ menghasilkan keuntungan yang besar

F8 Mempunyai dasar ekonomi negara yang kukuh
H8 dasar makro ekonomi sama ada dasar fiskal dan kewangan diurus secara berhemah

F9 Mengelakkan import barangan melebihi eksport negara ke luar negara
H9 memastikan perbelanjaan dalam negara terkawal/ defisit ekonomi dielakkan

F10 Mengekalkan keamanan negara
H10 dapat memastikan setiap rakyat dapat melakukan aktiviti harian dan ekonomi

F11 Menjalin hubungan ekonomi yang baik dengan semua negara
H11 dapat membolehkan eksport ke luar negara bertambah/ mengurangkan red tape dalam urusan perdagangan

F12 Memperkasa wilayah pembangunan ekonomi
H12 ECER/ Wilayah Pembangunan Iskandar dsbnya
             Mana-mana jawapan yang munasabah

7.Pada pandangan anda, apakah pengajaran yang boleh diperoleh daripada tindakan British memperkenalkan ekonomi dagangan di Tanah Melayu demi memajukan pencapaian tamadun negara bangsa Malaysia.

F1 Kita hendaklah mempelbagaikan ekonomi negara kita.
H1 Contohnya kita tidak seharusnya han ya bergantung kepada pertanian getah dan bijih timah sahaja.

F2 Kita perlu mempunyai kemudahan jalan raya yang baik dan maju.
H2 Contohnya kita mesti mempunyai jaringan jalan raya dari utara Semenanjung Malaysia hingga ke selatan bagi mempercepatkan kemudahan pengangkutan barangan

F3 Kita mestilah mempunyai landasan kereta api yang moden
H3 Contohnya dengan adanya kereta api laju ERL antara Kuala Lumpur dengan Ipoh masa perjalanan dapat dipercepatkan

F4 Kita mestilah mempunyai sistem perbankan yang dapat menyokong urusan perdagangan
H4 Contohnya kita dapat mempunyai pinjaman modal hanya dengan bersandarkan kertas cadangan yang berkesan/ berdaya maju

F5 Kita mesti mempunyai bilangan tenaga buruh yang mencukupi
H5 Contohnya kita boleh mengambil buruh dari negara luar untuk menjalankan kerja-kerja kolar biru

F6 Kita mesti membangunkan kawasan bandar sebagai pusat aktiviti perdagangan/ perindustrian/ pentadbiran/ rekreasi
H6 Contohnya kita mesti membangunkan bandar pintar seperti Putrajaya untuk kelestarian manusia
F7 Kita mesti memastikan sektor pertanian tetap diberi perhatian dalam ekonomi negara
H7 Contonya kita perlulah memastikan penanaman padi terus diusahakan supaya bekalan beras dalam negara mencukupi

F8 Kita mestilah memastikan kemudahan untuk mengerjakan pertanian di luar bandar lengkap
H8 Contohnya menyediakan kemudahan parit/ tali air/ baja dsbnya supaya haasil pertanian meningkat
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

        8.Apakah rumusan yang boleh anda nyatakan setelah mengkaji penguasaan ekonomi negara oleh penjajah sehingga tahun 1957?

Rumusan anda harus meliputi aspek:
                  *Pengetahuan yang diperoleh
         *Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
         *Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

Syaz minta maaf kalau ada kekurangan untuk kertas 3 ni.Apa-apa pun Syaz ucapkan Selamat Berjaya dalam peperiksaan sama ada SPM,STPM,PT3,Peperiksaan Akhir Tahun,Ujian Penilaian 1,Peperiksaan Pertengahan Tahun,Ujian Penilaian 3,UPSR dan semua jenis peperiksaan.Ok,sampai sini saja.Bye!See you soon :D





 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

No comments:

 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)