25 Nov 2014

Bab 10:Dasar British Dan Kesan Terhadap Ekonomi

BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESAN TERHADAP EKONOMI

Ekonomi Tradisional
-Sara diri iaitu bercucuk tanam dan memungut hasil hutan
-Pengeluaran skala kecil, teknologi mudah dan buruh terhad
-Lebihan pengeluaran untuk zakat dan sedekah
-Tanaman lain iaitu ubi dan pisang

Ekonomi Dagangan
-Lebihan pengeluaran untuk pasaran luar
-Pengeluaran skala besar dan modal banyak
-Ekonomi Melayu terpinggir
-Wujud dwiekonomi iaitu tradisional dan dagangan
-Kemasukan buruh Cina dan India

Sistem Pertanian Komersial
-Pertanian komersial bertujuan untuk eksport
-Contoh tanaman iaitu getah dan tebu
-Pemodal Cina dan Eropah mempunyai modal dan teknologi
-Melayu masih menjalankan ekonomi sara diri

Perusahaan Getah
-H. N. Ridley mempromosi tanaman getah
-Menemui sistem menorah ibidem (tulang ikan)
-Pelabur Eropah membawa masuk modal
-British mengenakan cukai dan sewa yang rendah
-Kemajuan jalan raya dan jalan keretapi
-British membawa masuk buruh India

Kejatuhan Getah
-Kemerosotan harga getah semasa kemelesetan ekonomi dunia
-Rancangan Sekatan Stevenson menahan kejatuhan harga
-Pengeluaran getah dihadkan

Industri Perlombongan
-Bijih timah mendapat permintaan tinggi
-Pengusaha Eropah dan Cina mengambil alih perusahaan
-Awalnya harga dipantau pembesar Melayu
-Pengusaha Eropah menggunakan kapal korek
-Pembesar Melayu memajakkan lombong kepada Cina
-Tanah Melayu pengeluar utama bijih timah

Buruh Cina
-Kedatangan buruh Cina digalakkan British
-Sistem Tiket Kredit
-Sin Kheh dikumpulkan Kheh Thau di kampong
-Sistem Pengambilan Kakitangan
-Majikan menghantar pegawai mencari buruh di China
-Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
-Majikan melantik pegawai dari Negara Chin
-Kemasukan berkumpulan China Foochow ke Sarawak

Buruh India
-Kedatangan buruh India diterima Melayu
-Hubungan tradisi Melayu dan India
-Sistem Buruh Bebas
-Buruh China dating dengan biaya sendiri
-Sistem Kontrak
-Majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu
-Sistem Kangani/ketua
-Majikan memberi lesen mencari buruh di India

Penggunaan Mata Wang
-Wang digunakan dalam perniagaan
-Melaka wang emas dan perak
-Kelantan dinar emas dan kupang di Terengganu
-Eropah membawa mata wang Sepanyol
-British mengeluarkan mata wang kertas

Institusi Kewangan  Perbankan
-Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur
-Agen pembayar kepada pengimport dan pengeksport
-Bank Pertama ialah Merchantile Bank
-Bank Eropah mengutamakan pedagang Eropah
-Pedagang tempatan berurusan dengan komprador/orang tengah
-Bank tempatan pertama ialah Kwong Yik Bank

Perkhidmatan Insurans
-Insurans seperti kebakaran dan kemalangan
-Kebakaran kerap berlaku di Kuala Lumpur
-Syarikat insurans tempatan di Singapura
-Insurans nyawa dankebakaran diasingkan

Dasar Pertanian British
-Memperkenalkan tanaman kopi dan tembakau
-Tanaman tradisional dikomersialkan iaitu lada hitam
-Buruh India diguanakn untuk memajukan perladangan
-Undang-undang tanah melindungi tanah orang Melayu

Undang-undang Tanah
-Pemilikan tanah berdasarkan peneroka tanah
-British memperkenalkan rekod bertulis tanah
-Urusan jual beli tanah dan cukai pajakan
-Tanah dijadikan cagaran mendapatkan modal
-Peraturan Tanah Perak dan Sungai Ujong
-Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial
-Cukai bergantung kepada jenis tanah

Undang-undang Tanah British
-Permohonan tanah dibuat di Pejabat Tanah
-Kebenaran diperlukan untuk mengutip dammar dan rotan
-Kelulusan tanah bergantung kepada modal dan teknologi
-Cukai dibayar menggunakan wang
-Melayu terpaksa meminjam dan hilang tanah

Undang-undang Tanah Tanah Bumiputera
-Akta Tanah Simpanan Melayu mengelakkan tanah berpindah milik
-TSM tidak boleh dijual, dipajak atau dipindah milik
-TSM tidak boleh ditanam tanaman komersial
-Land Order di Sarawak melindungi tanah pribumi
-Membahagikan tanah iaitu campuran, simpanan dan pedalaman
-Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja
-Proklamasi III di Sabah melindungi pribumi

Dasar Terhadap Pekebun Kecil
-Mengekalkan melayu sebagai petani
-Menghalang tanaman getah di sawah padi
-Melarang pembukaan tanah baru
-Rancangan Sekatan Stevenson menghadkan getah
-Pekebun kecil dianggap mengancam pengusaha getah

Dasar Tanaman Padi
-Melayu berminat tanam getah
-Terpaksa import beras dari Thailand
-Membaiki sistem perparitan

Kesan Dasar Ekonomi British

Perbandaran
-Perkembangan pesat di pusat ekonomi
-Pekan menjadi Bandar seperti Kuala Lumpur
-Bandar menjadi tumpuan penduduk
-Bandar didiami orang cina, melayu di kampung
-Kemudahan infrastruktur di bandar sahaja

Masyarakat Majmuk
-Kegiatan ekonomi berasaskan kaum
-Melayu bertani di luar bandar
-Cina berniaga di bandar
-India menorah di ladang
-Bahasa pertuturan mengikut bahasa ibunda masing-masing
-Tiada perpaduan kaum

Pendidikan Vernakular
-Sekolah melayu hanya diperingkat rendah
-Sekolah tamil menggunakan bahasa tamil
-Sekolah cina dibiayai saudagar dari cina
-Sekolah Inggeris diusahakan mubaligh

Perkilangan
-Kilang membina kapal korek
-Kilang mengetin nenas oleh bangsa Perancis di Johor
-Sektor ini dikuasai Eropah dan Cina

Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
-Jalan keretapi mempercepatkan pengangkutan bijih timah
-Jalan raya berkembang
-Sistem perhubungan telegraf dan pos

Kesihatan
-Hospital terawal dibina di Taiping
-Hospital swasta di Kuala Lumpur
-Sanitary Board menjaga kesihatan awam di Kuala Lumpur




 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Bab 9:Perkembangan Di Eropah

BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

Zaman Gelap
-Kemerosotan ilmu pengetahuan
-Pentadbiran pusat tidak berkesan
-Muncul baron(tuan tanah)

Ciri-Ciri Zaman Gelap
-Petani mendapat perlindungan tuan tanah
-Petani membayar cukai yang tinggi
-Tanah dirampas & menjadi hamba
-Tuan tanah mendapat perlindungan raja
-Tuan tanah membayar cukai kepada raja
-Hubungan petani,baron & raja (sistem feudal)
-Gereja mengongkong rakyat
-Perdagangan tidak berkembang
-Diganggu Magyar & Viking
-Menumpukan kegiatan pertanian

Zaman Kemuncak Pertengahan
-Gereja menjadi agen penyatuan
-Peningkatan ekonomi pertanian & perdagangan
-Muncul Bandar Venice & Milan
-Lahir kelas pertengahan seperti artisan
-Status sosial berdasarkan kekayaan

Zaman Renaissance
-Renisciment iaitu kelahiran semula
-Penghargaan ilmu pengetahuan
-Keupayaan manusia berfikir
-Semangat inkuri yang kuat
-Bandar menjadi pusat perdagangan
-Pertembungan bahasa & budaya
-Pedagang menjadi patron/penaung
-Gereja menjadi penaung seniman
-Leonardo & Raphael menghiasi gereja Rom

Kesan Zaman Renaissance
-Muncul monarki(kerajaan pusat baru)
-Kuasa raja bertambah, kuasa gereja berkurangan
-Perdagangan meluas
-Kemajuan ilmu matematik & astronomi
-Kemajuan sains,biologi dan kimia
-Berani menzahirkan emosi & keinginan
-Menggunakan minda secara maksimum

Gerakan Reformation
-Reform/melaksanakan perubahan
-Menghasilkan sesuatu yang lebih baik
-Penguasa Katholik menyeleweng kuasa
-Penjualan sijil Indulgences/surat pengampunan dosa
-Johann Gutenberg mencetak bible
-Martin Luther menentang amalan Indulgences
-Melahirkan mazhab Protestant/bantah
-Gereja Katholik mengendalikan Counter Reformation
-Menentang sesuatu yang baru

Kesan Gerakan Reformation
-Perpecahan Kristian/perang mazhab
-Kuasa gereja dicabar
-Golongan monarki membebaskan diri dari Paus Rom
-Raja Henry VIII ketua gereja Protestant Anglican

Penjelajahan & Penerokaan

Sebab
-Eropah memerlukan barang timur rempah ratus
-Galakan raja Sepanyol & Portugal
-Persaingan kuasa Sepanyol & Portugal
-Perjanjian Tordesillas dimenterai
-Menyebarkan agama Kristian
-Galakan monarki baru seperti Perancis & Belanda
-Gold, Glory & Gospel

Kesan
-Pengiktirafan terhadap kuasa Eropah
-Asia Tenggara menjadi pembekal Eropah
-Jalan perdagangan dikuasai oleh Portugal
-Terpengaruh budaya Eropah & Kristian
-Perang antara orang tempatan & Eropah
-Penjajah menguasai emas & perak
-Sepanyol menguasai Filipina
-Portugal menguasai Melaka

Revolusi Pertanian

Pertanian Sebelum Revolusi
-Pengeluaran kecil-kecilan
-Pemilikan tanah awam & persendirian
-Tanah persendirian milik orang kaya

Akta Pemagaran Tanah
-Pengeluaran besar-besaran
-Tuan tanah membuka ladang
-Pengenalan Akta Pemagaran Tanah
-Rakyat hilang punca rezeki
-Berhijrah ke bandar menjadi buruh kilang

Kaedah & Ciptaan
-Tanaman bergilir mengekalkan kesuburan tanah
-Tanaman baru seperti ubi kentang
-Peralatan baru seperti Jehtro Tull/menggali & menugal
-Pengenalan baja asli

Revolusi Perindustrian

Sumbangan Revolusi Pertanian
-Menyediakan modal
-Makanan mencukupi
-Britain tidak lagi bergantung kepada makanan luar

Rekaan Sains & Teknologi
-James Watt:Baiki enjin Thomas Newcomen/engine kuasa wap
-R. Arkwright &  J. Hargreaves: Alat pemintal benang
-Tenaga manusia digantikan oleh teknologi

Pengkhususan Pengeluaran
-Pemodal ingin mengawal kos
-Muncul majikan & pekerja mahir
-Kuantiti & kualiti barang meningkat

Teknologi
-Pengenalan enjin berkuasa wap
-Lebihan pengeluaran dieksport
-Perdagangan antarabangsa meningkat
-Britain menjadi pengeluar utama arang batu
-Perkembangan pengangkutan keretapi & kapal

Kesan Revolusi Pertanian & Perindustrian

Pertanian Punca Ekonomi
-Wujud pertanian komersil seperti gandum
-Peladang menjadi pedagang antarabangsa
-Petani menjadi buruh kilang

Perdagangan Antarabangsa
-Britain memerlukan bahan mentah seperti getah
-Menggunakan kapal laut untuk berdagang
-Mengeksport modal ke seberang laut

Kemajuan Pengangkutan
-Britain membina jalan raya & jalan keretapi
-Rel keretapi ditukar daripada kayu kepada besi
-Pengenalan kapal berkuasa wap

Kemunculan Buruh & Majikan
-Muncul golongan buruh  ladang
-Penciptaan mesin menggantikan tenaga manusia
-Pekerja mahir memprotes/pergerakan Luddite
-Akta Antipenggabungan menyukarkan pekerja
-Kanak-kanak bawah 10 tahun dieksploitasi
-Akta dimansuhkan & digantikan Kesatuan Sekerja
-Bertujuan membela nasib pekerja

Imperialis Barat di Asia Tenggara

Faktor Kedatangan
-Mendapatkan bahan mentah seperti bijih timah
-Mencari kawasan pasaran baru
-Kapal wap mempercepatkan perjalanan
-Menyebarkan budaya & agama Kristian
-Persaingan kuasa/simbol kekuasaan

Kesan Imperialis Barat
-Pemerintah tempatan terpaksa menerima pentadbir barat
-Ekonomi dieksploitasi untuk kepentingan penjajah
-Pendidikan Inggeris diperkenalkan
-Kemasukan buruh asing
-Kewujudan masyarakat majmuk


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Bab 8:Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM BARAT

Pentadbiran
-Zilullah fil alam dan Zilullah fil ardh/bayangan Allah di bumi
-Khalifatul mukminin/pemimpin orang mukmin
-Keturunan raja dari Iskandar Zulkarnain
-Sultan dibantu pembesar empat lipatan
-Ulama penasihat sultan
-Konsep daulat mengukuhkan kedudukan sultan

Perundangan
-Bertulis dan tidak bertulis
-Hukum Kanun Melaka menyentuh tanggungjawab raja dan pembesar
-Hukuman jenayah dan undang-undang keluarga
-Undang-undang Laut Melaka menyentuh tanggungjawab nakhoda kapal
-Nakhoda atau iman dan anak kapal atau makmun

Adat Pepatih
-Adat pepatih di Negeri Sembilan
-Perkahwinan sama suku tidak dibenarkan
-Diasaskan oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung
-Bersifat matrilineal(sebelah ibu)
-Anak perempuan mewarisi harta

Adat Temenggung
-Adat temenggung di Tanah Melayu
-Bersifat patrilineal(sebelah bapa)
-Anak lelaki diutamakan
-Perkahwinan dibenarkan dengan sepupu
-Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dari Palembang

Pendidikan Tidak Formal
-Asuhan keluarga
-Penekanan nilai moral dan adat sopan
-Pembelajaran melalui penglihatan, pendengaran dan pemerhatian
-Belajar kemahiran ibu bapa
-Ibu bapa mengajar  hal agama dan adat resam
-Cerita lisan dan lawak jenaka
-Pantun, teka teki dan peribahasa

Pendidikan Formal
-Di rumah tok guru belajar Al-Quran
-Istana menjadi pusat pengajian
-Pengajaran hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah
-Di masjid dan surau belajar fikah dan solat
-Pendidikan pondok melahirkan guru agama
-Sistem madrasah berdasarkan sukatan pelajaran dan kelas

Bahasa dan Kesusasteraan
-Tulisan jawi saluran pembacaan dan penulisan
-Sastera rakyat mengandungi unsure jenaka
-Hikayat Nur Muhammad dan Abu Bakar
-Hikayat saduran Arab Parsi iaitu Hikayat Abu Nawas

Kesenian
-Seni bina masjid iaitu mimbar dan mihrab
-Istana dilengkapi balairung seri
-Rumah bermotifkan tumbuhan dan geometri
-Seni Khat dan kaligrafi pada batu bersurat & batu nisan
-Seni persembahan seperti tarian dan muzik
-Tarian Dabus, Inang dan Nazam
-Seni muzik seperti rebana dan kompang

Gaya Hidup
-Pertabalan raja dan bacaan ikrar/baiat
-Akhlak & panggilan seperti pak long & mak long
-Salam dan mencium tangan orang tua
-Bacaan bismillah sebelum makan/minum
-Majlis berkhatam Al-Quran
-Perpaduan, kerja sama dan gotong-royong

Perdagangan
-Melaka pusat perdagangan
-Kemudahan pelabuhan dan strategik
-Sistem timbang dan sukat, kati dan tahil
-Kaedah tukar barang dan jual beli

Mata Wang
-Tercatat nama sultan dan tarikh Islam
-Menggunakan timah seperti wang katun
-Mata wang Kedah berbentuk ayam jantan
-Mata wang emas Johor digelar kupang
-Mata wang emas Kelantan digelar Kijang

Percukaian
-Cukai tetap/cukai import
-Barang makanan tidak dikenakan cukai
-Cukai perlu dibayar sebelum dibenarkan berniaga
-Orang asing dikenakan cukai diraja 6%
-Riba dan  penipuan diharamkan
-Bayar zakat dan bersedekah


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Bab 7:Islam Di Asia Tenggara

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

Kedatangan Islam
-Asia Tenggara pusat perdagangan antarabangsa
-Kaya hasil bumi seperti rempah ratus
-Pedagang berdagang dan berdakwah

Teori Kedatangan Islam dari STA
-Dikemukakan John Crowford dan disokong Syed Muhammad Naquib Al-Attas
-Bukti catatan China Arab berdagang di Canton
-Menetap di Perkampungan Arab dan berdagang di AT
-Pedagang berkahwin dengan penduduk tempatan
-Persamaan penulisan dengan Arab (jawi)
-Budaya dan muzik sama seperti dabus & zapin

Teori Kedatangan Islam dari China
-Dikemukakan EG Eredia dan SQ Fatimi
-Canton pusat perdagangan Arab
-Pedagang China Islam menyebarkannya di AT
-Bukti batu bersurat Terengganu
-Persamaan seni bina China dengan masjid di Kelantan

Teori Kedatangan Islam dari India
-Dikemukakan oleh S, Hurgronje
-Hubungan perdagangan dengan Gujerat
-Batu marmar pada nisan Raja Malik Pasai
-Budaya Hindu bertapak sebelum Islam

Cara Kedatangan Islam

Perdagangan
-Hubungan perdagangan telah lama terjalin
-Sikap mahmudah pedagang menjadi ikutan
-Pedagang membawa ulama untuk berdakwah
-Pedagang mempunyai hubungan baik dengan pemerintah

Perkahwinan
-Siasah: puteri Melaka kahwin dengan Raja Siak
-Biasa: pedagang dengan wanita tempatan

Pengislaman Raja
-Raja memeluk Islam diikuti rakyat
-Pengislaman Megat Iskandar Syah
-Pengislaman Raja Malik

Kelahiran Kerajaan Islam
-Tun Perak mengislamkan Siak
-Johor Riau menawan Melaka dari Portugis
-Demak menyebarkan Islam ke seluruh Jawa
-Acheh menaungi negeri kecil di Sumatera
-Raja Phaya Tu Nakpa Pattani memeluk Islam
-Brunei menghantar  Pu Ali ke China

Pusat Kebudayaan
-Acheh pusat kebudayaan dan syair Bustanus Salatin
-Samudera Pasai pusat penterjemahan
-Melaka kaya sastera pengaruh Arab
-Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi Bercukur
-Johor Riau sastera Tuhfat Al-Nafis

Mubaligh
-Pendakwah sebarkan Islam secara langsung
-Berbudi pekerti dan lemah lembut berdakwah
-Ulama mengajar secara formal di masjid di Melaka
-Di Acheh ulama menjadi penasihat raja
-Di Jawa wali Songo berdakwah di Demak

Keistimewaan Islam
-Kemurnian ajaran Islam dan mudah difahami
-Keadilan dan persamaan taraf
-Menuntut manusia berfikir secara rasional

Pengaruh Islam di Asia Tenggara

Pemerintahan Dan Pentadbiran
-Sultan ketua pemerintah
-Mufti penasihat sultan
-Raja digelar Amirul Mukminin/pemimpin orang mukmin
-Zilullah fil Alam/ bayangan Allah di muka bumi
-Islam agama rasmi di Melaka
-Nama Islam digunakan seperti sultan Iskandar Thani
-Undang-undang syariah diperkenalkan

Pendidikan
-Wajib kepada semua
-Dayah(pondok) pendidikan terawal di Perlak
-Pondok berkembang ke Pattani
-Di Acheh pendidikan lebih sistematik
-Wanita digalakkan belajar dan mentadbir

Bahasa Dan Kesusasteraan
-Tulisan jawi dari Arab dan tulisan rasmi
-Istilah Arab digunakan seperti syukur dan masjid
-Bahasa Melayu menjadi lingua franca
-Bahasa ilmu seperti syair dan gurindam

Cara Hidup
-Berbaju kurung,tudung dan songkok
-Addin cara hidup menyeluruh dan lengkap
-Menekankan konsep persaudaraan dan gotong royong

Kesenian
-Tulisan Al-Quran pada batu nisan
-Seni khat pada batu nisan
-Pengaruh Parsi di makam di Pasai
-Seni kaligrafi huruf Arab dan tulisan jawi
-Seni Islam di masjid dan menara azan

Ekonomi
-Baitulmail diperkenalkan di Acheh
-Rezeki halal dan dilarang mengemis
-Riba dan penindasan dilarang
-Sikap berjimat cermat


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Bab 6:Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbang

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGAN

Konsep Khalifah
-Bahasa Arab bererti pengganti
-Pengganti nabi metadbir kerajaan Islam
-Bertanggungjawab memelihara kemurnian Islam
-Mengekalkan keharmonian umat Islam

Syarat Pemilihan
-Lelaki dan Islam
-Berpengetahuan terhadap Islam
-Mematuhi dan melaksanakan perintah Allah
-Adil dan akhlak baik
-Sihat tubuh badan, warak dan waras
-Bijak mentadbir dan berpidato

Cara Perlantikan
-Musyawarah atau syura:Abu Bakar As-Siddiq
-Cadangan 1 nama: Umar Al-Khattab
-Cadangan beberapa nama: Uthman bin Affan
-Cadangan sekelompok masyarakat: Ali bin Abi Talib
-Khalifah mengangkat sumpah taat setia iaitu baiah

Tugas Khalifah
-Memelihara agama Islam
-Mentadbir negara berpandukan hokum syariah
-Mempertahankan negara
-Memajukan PES
-Menjaga kebajikan rakyat
-Meneruskan ajaran Allah dan Rasul
-Mengekalkan perpaduan ummah

Sumbangan Khalifah Al-Rasyidin

Sumbangan Abu Bakar
-Digelar As-Siddiq iaitu membenarkan kata-kata nabi
-Digelar penyelamat umat Islam
-Menghapuskan golongan murtad dan enggan bayar zakat
-Mempertahankan Madinah dari ancaman Parsi
-Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah
-Membayar gaji tentera
-Memerintahkan zaid bin Thabit kumpul Al-Quran

Sumbangan Umar Al-Khattab
-Digelar Amirul Mukminin/panglima agung orang mukmin
-Menubuhkan Majlis Syura
-Melantik Wali/Gabenor wilayah
-Menubuhkan jabatan tentera dan polis
-Membayar gaji hakim
-Memperkenalkan kalendar Hijrah
-Membina terusan Amirul Mukminin
-Menubuhkan baitulmal

Sumbangan Uthman bin Affan
-Digelar Zun Nurain/ kahwin 2 puteri Rasulullah
-Melauskan empayar ke Cyprus
-Mengistiharkan naskah Mashaf Uthmani
-Membina jambatan dan jalan raya
-Baitulmal dan cukai jizyah

Sumbangan Ali bin Abi Talib
-Menyelesaikan masalah masyarakat dan perundangan Islam
-Menghentikan perang Siffin
-Membina markas tentera di Parsi
-Meneruskan cukai jizyah kepada zimmi

Kerajaan Bani Umaiyyah

Latar belakang
-Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Suffian
-Tahap 1 berpusat di Damsyik (Khalifah)
-Tahap 2 berpusat di Cordova (Amir)

Sumbangan Politik
-Sistem Khalifah: pemerintah penganti nabi
-Sistem Wazarah: wazir ketua pusat
-Sistem Gabenor: ketua wilayah
-Sistem Urusetia: rekod dan surat menyurat
-Sistem Hijabah: menjaga keselamatan khalifah
-Tubuh jabatan: cukai dan surat menyurat
-Tubuh tentera darat dan laut

Sumbangan Sosial
-Kota Basrah pusat ilmu
-Bahasa Arab bahasa rasmi
-Tanda bunyi  atau baris dalam Al-Quran
-Hospital pertama di Damsyik
-Hospital kusta

Sumbangan Bani Umaiyyah II
-Pusat pengajian tinggi di Cordova
-Toledo pusat penterjemahan
-Sini bina Islam di masjid Cordova
-Penubuhan baitulmal
-Cordova pusat perdagangan

Kerajaan Bani Abbasiyyah

Latar belakang
-Golongan Mawali didiskriminasikan
-Menyertai Revolusi Abbasiyah
-Dimulakan oleh Ali bin Abdullah
-Beroperasi di Khurasan
-Ditawan oleh Hulagu Khan dari Monggol

Sumbangan Politik
-Baghdad kota intelektual
-Terjemahan karya asing ke bahasa Arab
-Tubuh Baitulhikmah/institusi ilmu
-Penglibatan ulama dalam penulisan

Sumbangan Sosial
-Memelihara warisan ilmu
-Penyelidikan Islam diterjemah ke bahasa asing

Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Latar belakang
-Anatolia menguasai kerajaan2 kecil
-Membentuk Turki Uthmaniyah
-Diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul
-Uthman menewaskan Byzantine

Perluasan Kuasa
-Orhan I meluaskan jajahan ke Ankara
-Murad I menguasai Albania
-Mehmed II menawan Istanbul
-Runtuh kerana pemimpin lemah dan pemberontakan

Sumbangan PES
-Membentuk kesatuan Islam sedunia
-Istanbul pusat pentadbiran Islam
-Selim I menguasai Makkah
-Memperkenalkan Kanun Suleiman
-Memperkenalkan jawatan kadi dan mufti
-Istanbul kota perdagangan
-Pendidikan madrasah dan kolej perubatan
-Senibina masjid Sultan Ahmed/masjid biru

Faktor Penyebaran Islam ke Eropah

Tentera Islam
-Pegangan akidah dan akhlak yang kukuh
-Semangat ghazi iaituberkorban jiwa untuk Islam
-Sistem tentera dan senjata moden
-Kumpulan Jannisari iaitu elit terlatih perang
-Kekuatan Armada laut

Politik Eropah
-Perang antara kerajaan2 kecil
-Kejatuhan Byzantine
-Keruntuhan institusi gereja di Eropah

Pemerintahan Islam
-Dasar diplomasi dan toleransi
-Dasar kecemerlangan individu dan bukan keturunan
-Islam membina sekolah dan rumah sakit

Pendakwah
-Turki berhijrah ke Balkan
-Ahli sufi bertoleransi
-Menarik minat Kristian memeluk Islam

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain

Kawasan Pertembungan
-Khalifah Umar Al-Khattab bertembung dengan Yunani
-Perluasan kuasa ke Baghdad bertembung dengan Parsi
-Bani Umaiyah menakluk Afrika bertembung dengan Eropah

Cara Pertembungan
-Perdagangan bertembung dengan China
-Diplomatik bertembung dengan Sepanyol
-Penaklukan bertembung dengan Parsi
-Kebudayaan bertembung dengan Sepanyol
-Mozarab: orang kristian tetapi berbahasa Arab
-Intelektual bertembung dengan Eropah

Kesan Pertembungan PES
-Mengubah akidah dan mengesakan Allah
-Kawasan pengaruh Islam meluas
-Lahir kerajaan Islam Delhi
-Penguasaan laluan perdagangan
-Penyelarasan undang-undang Islam
-Tatatertib berpakaian dan berbahasa
-Mudejar: orang Islam di bawah pemerintahan Kristian
-Ilmu perubatan: Zakaria Al-razi
-Matematik dan Astronomi:Al-Khawarizmi
-Pengembara: Ibn Battuta


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Bab 5:Kemunculan Islam Di Madinah

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Madinah
 -Terletak antara Makkah & Syam
 -Penduduk Yahudi (Quraizah & Qunaiqa)
 -Nasrani & Arab (Aus & khazraj)
 -Masalah politik & ekonomi

Kandungan Aqabah I 621m
 -Perjanjian Aus & Khazraj dengan nabi
 -Beriman kepada Allah
 -Membantu nabi
 -Meninggalkan amalan jahiliah
 -Mus’ab bin Umair berdakwah ke Madinah

Kandungan Aqabah II 622m
 -Memeluk Islam
 -Mengukuhkan taat setia
 -Menjemput nabi ke Madinah
 -Menyediakan tempat tinggal
 -Menjamin keselamatan
 -Mempertahankan Islam

Konsep Hijrah
 -Perpindahan tempat & perubahan sikap
 -Dari Makkah ke Madinah
 -Meninggalkan keburukan
 -Barat anggap pelarian
 -Bukti bukan pelarian:
 -Wahyu Allah & nabi dijemput
 -Ketibaan disambut & disediakan tempat tinggal
 -Nabi dilantik sebagai pemimpin

Sebab Hijrah
 -Wahyu Allah memerintah nabi berhijrah
 -Cubaan membunuh nabi
 -Mendamaikan suku kaum di Madinah
 -Menyebarkan Islam
 -Nabi dijemput Aus & Khazraj
 -Menjamin keselamatan Islam & umat Islam

Kepentingan Hijrah
 -Dakwah tersebar secara aman
 -Mempersaudarakan Madinah & Makkah
 -Mendamaikan suku Arab Madinah
 -Menyatupadukan penduduk Madinah
 -Muhajirin/orang Makkah yang berhijrah
-Ansar/orang Madinah yang membantu
 -Pembinaan masjid Al-Nabawi
 -Nama Yathrib ditukar Madinah/Kota yang bercahaya
 -Pengorbanan wanita & sahabat

Piagam Madinah (PM)
 -Perlembagaan/undang-undang bertulis
 -Digubal nabi Muhammad saw
 -Berpandukan wahyu Allah
 -23 fasal tanggungjawab orang Islam
 -24 fasal tanggungjawab bukan Islam

Kandungan PM
 -Politik: Nabi sebagai pemimpin & ketua hakim
 -Agama: bebas beragama/tiada paksaan
 -Sosial: Masyarakat satu ummah & bersatupadu
 -Undang-undang Islam dilaksanakan
 -Ekonomi: Riba diharamkan & tiada diskriminasi
 -Pertahanan: semua penduduk wajib mempertahankan Madinah
 -Kedudukan Yahudi terjamin

Kepentingan PM
 -Model pemerintahan Islam yang unggul
 -Riba & penipuan tidak dibenarkan
 -Pertahanan Madinah bertambah kuat
 -Perpaduan & bantu membantu
 -Menyusun Perlembagaan sebelum mengasaskan Madinah
 -Persamaan taraf & persaudaraan

Strategi Penyebaran Islam
 -Meluas ke Rom, Parsi & Mesir
 -Menghantar perutusan
 -Kaedah diplomasi & persefahaman
 -Perang dilakukan setelah Wahyu Allah

Konsep Perang
 -Perang Badar, Uhud, Thabuk & Khandak
 -Berperang setelah menerima wahyu Allah

Prinsip Perang
 -Berperang setelah diserang
 -Menjaga keamanan tempat ibadat
 -Menentang kezaliman
 -Mempertahankan diri
 -Berdamai sekiranya musuh ingin berdamai

Garis Panduan Perang
 -Dilarang membunuh sesuka hati
 -Dilarang membunuh orang lemah
 -Dilarang membunuh binatang ternakan
 -Dilarang memusnahkan tanaman
 -Dilarang merosakkan rumah ibadat

Syarat Pengampunan Tawanan
 -Wanita & kanak-kanak dibebaskan
 -Lelaki perlu mengajar 10 kanak-kanak
 -Membaca & menulis sehingga pandai

Perjanjian Hudaibiyah (PH)
 -Umat Islam ingin mengerjakan umrah
 -Disekat Quraisy di Hudaibiyah
 -Nabi menghantar Uthman bin Affan
 -Menerangkan tujuan kedatangan Islam
 -Tersebar berita Uthman mati dibunuh
 -Islam mengangkat sumpah baiat al-Ridhwan
 -Quraisy bimbang & menghantar Suhail bin Amru
 -Termenterilah PH 628m

Kandungan PH
-Gencatan senjata 10 tahun
-Kabilah Arab bebas berpihak kepada Islam/Quraisy
-Islam berpihak kepada Quraisy tidak dipulangkan
-Quraisy berpihak kepada Islam dipulangkan
-Umat Islam mengerjakan umrah tahun berikutnya

Kepentingan PH
 -Peluang umat Islam mengerjakan umrah/haji
 -Kebeban menunaikan ibadat di Kaabah
 -Dakwah Islam tersebar tanpa gangguan
 -Islam tersebar secara aman & meluas
 -Pengislaman Khalid Al-Walid & Amru Al-As
 -Nabi pemimpin unggul & disegani
 -Pengiktirafan Madinah sebagai kerajaan unggul

Pembukaan Kota Makkah
 -Quraisy mencabul perjanjian Hudaibiyah
 -Strategi jangka panjang penyebaran Islam
 -Penguasaan Makkah memantapkan Madinah
 -Nabi memasuki Makkah secara aman
 -Pengislaman Abu suffian & Al-Abbas
 -4 pasukan & 10 ribu tentera
 -Makkah dikepung 4 penjuru & ditawan

Kepentingan Pembukaan Semula Makkah
-Pengislaman tokoh Quraisy
-Jaminan keselamatan
-Nabi memaafkan Quraisy & tidak berdendam
-Kaabah terpelihara dari unsure jahiliah
-Makkah menjadi kota suci umat Islam
-Makkah menjadi wilayah Islam


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Bab 4:Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangan Di Makkah

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM & PERKEMBANGAN DI MAKKAH

Masyarakat Arab Jahiliah (AJ)

(i)Pengertian
 -Jahala bermaksud jahil, tidak mengetahui & tidak berilmu
 -Bermula selepas runtuh empangan Maarib
 -Berakhir apabila turun wahyu Allah
 -Tidak menerima ajaran nabi/rasul
 -Zaman gelap kerana tidak menyembah Allah
 -Tiada nabi, rasul & kitab suci
 -Akhlak rendah & keji

(ii)Ciri-ciri Masyarakat AJ
 -Badwi tinggal di gurun/pedalaman
 -Tidak bermoral, judi & zina
 -Pemabuk adalah lelaki sempurna
 -Wanita dipandang rendah
 -Bayi perempuan ditanam hidup-hidup
 -Lelaki bebas berkahwin ramai-ramai
 -Perdagangan berasaskan riba & penipuan
 -Merompak sumber ekonomi
 -Menyembah berhala & animisme
 -Hidup berpuak-puak & asabiyah/kesukuan kuat

(iii)Nabi Muhammad saw sebelum Menjadi Rasul
 -Bapa Abdullah bin Abi Talib
 -Ibu Aminah binti Wahab
 -Dilahirkan tahun 570m tahun Gajah
 -Muhammad bermaksud yang terpuji
 -Ibu susuan Halimatus Saadiah
 -Menjadi yatim piatu di usia 6 tahun
 -Mengembala kambing & berniaga ke Syam usia 12 tahun
 -kerasulan diramalkan pendeta Nasrani iaitu Buhaira
 -Berkahwin dengan Siti Khadijah

(iv)Keperibadian Nabi Muhammad saw
 -Siddiq, amanah, tabliq & fatanah
 -Digelar Al-Amin bermaksud berkata benar
 -Menguruskan modal Khadijah
 -Menyelesaikan persengketaan Hajar Aswad
 -Ketua keluarga contoh & peyayang
 -Pemaaf semasa pembukaan Kota Makkah
 -Sabar & bijak semasa perjanjian Hudaibiyah

(iv)Nabi Muhammad saw menyebarkan Islam di Makkah

(a)Kerasulan
 -Wahyu I: surah Al-Alaq, amalan membaca
 -Wahyu II: surah Al-Muddasir, isytihar nabi sebagai rasul
 -Wajib menyebarkan Islam
 -Penekanan utama ialah akidah

(b)Cara Penyebaran Islam
 -Rahsia 3 tahun kepada ahli keluarga & sahabat
 -Terbuka 10 tahun
 -Pengislaman rahsia Khadijah & Ali
 -Ceramah terbuka di rumah Ali & Bukit Safa

(c)Penerimaan Terhadap Islam
 -Ahli keluarga & sahabat
 -Hamba memeluk Islam kerana layanan sama rata
 -Bilal bin Rabah & keluarga Yassir & Sumaiyyah
 -Bilal dijerut leher
 -Yassir & isteri dijemur hingga mati syahid
 -Menyebarkan Islam secara lemah lembut
 -Menanam keimanan yang kuat
 -Menunjukkan teladan positif & akhlak mulia

 (d)Penentangan Terhadap Islam
 -Menganggu sembahyang & mencemuh
 -Melalui syair & merasuah nabi
 -Tawaran harta, pangkat & wanita cantik
 -Keluarga nabi dipulaukan
 -Cubaan membunuh
 -Perbezaan kepercayaan menyembah Allah & berhala
 -Persamaan taraf & perbezaan darjat
 -Tidak mahu tunduk kepada kepimpinan nabi
 -Menggugat perusahaan membuat patung

 (e)Nabi Muhammad saw Menyelesaikan Masalah
 -Penentangan hebat selepas kematian Abi Talib & Khadijah
 -Berhijrah ke Habsyah & Taif tetapi tidak berkesan
 -Berhijrah ke Madinah setelah wahyu

 -Dijemput oleh Aus & khazraj


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Bab 3:Tamadun Awal Asia Tenggara

BAB 3: TAMADUN AWAL  ASIA TENGGARA

Kerajaan Awal AT
 -Kerajaan tanah besar seperti Angkor & Funan
 -Kerajaan kepulauan seperti Kedah Tua & Srivijaya

Petempatan Kerajaan Awal
 -Kerajaan terawal Funan
 -Bukti jumpaan seni arca Amarawati India
 -Perdagangan antarabangsa
 -Buktinya jumpaan gendang gangsa di Dongson
 -Hubungan dengan Rom
 -Buktinya jumpaan manik di Johor

Ekonomi Agraria
 -Agraria berasaskan pertanian, penternakan, pungut hasil huan & sungai
 -Terletak di tanah subur
 -Kerajaan Dravavati di Thailand & Taruma di Indonesia
 -Funan berkembang menjadi maritime kerana kedudukannya strategik
 -Padi sawah memerlukan bekalan air yang cukup
 -Padi huma di lereng bukit
 -Tanaman sampingan jagung & pisang
 -Menternak lembu & kambing
 -Memungut sarang burung dari gua
 -Mengutip kulit kura-kura dari sungai
 -Lebihan hasil dijual kepada maritime
 -Sumber air dari Tasik Tonle Sap & sg Mekong
 -Raja Angkor Indravarman I membina baray
 -Bekalan air untuk penduduk & pertanian
 -Iklim panas lembab

Ekonomi Maritim
 -Maritim berasaskan perdagangan
 -Terletak di pesisiran pantai & kepulauan
 -Kerajaan Srivijaya & Kedah Tua
 -Pelabuhan pembekal membekalkan rotan & timah
 -Berkembang menjadi pelabuhan kerajaan
 -Pelabuhan entreport disinggahi pedagang China & India
 -Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas
 -Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
 -Pelabuhan dilengkapi kemudahan
 -Mahir membuat kapal & ilmu bintang
 -Srivijaya memiliki tentera laut yang besar
 -Mengawal keselamatan perdagangan
 -Pelabuhan strategik & dalam
 -Berupaya membina kapal yang besar
 -Kedah Tua pelabuhan entreport
 -Buktinya jumpaan tembikar China
 -Manik dari India & pelita tembaga dari Timur Tengah
 -Gunung Jerai menjadi panduan kapal berlabuh
 -Pelabuhan dilengkapi gudang

Agraria & Maritim Saling Bergantungan
 -Agraria memerlukan barang mewah seperti tembikar
 -Memasarkan lebihan hasil pertanian
 -Peluang pekerjaan
 -Maritim memerlukan beras/sumber makanan
 -Bekalan kayu membina kapal
 -Gajah sebagai pengangkutan

Pengaruh Hindu Buddha

Proses Kedatangan
 -Dibawa ksatria melalui penaklukan
 -Dibawa pedagang/vaisya
 -Dibawa Brahmin/pendeta
 -Dijemput mengetuai upacara pertabalan raja
 -Asimilasi budaya yang bersesuaian

 Pengaruh Hindu Buddha dalam Pemerintahan
 -Pemerintah menggunakan gelaran raja
 -Raja berkuasa mutlak
 -Konsep dewa raja mengukuhkan kedudukan raja
 -Raja dikaitkan dengan mitos & sakti
 -Upacara pertabalan diketuai Brahmin
 -Raja membina kompleks kota
 -Melambangkan orde kosmos/ raja alam semesta

Pengaruh Hindu Buddha di Angkor & Srivijaya
 -Raja dikaitkan dengan dewa raja
 -Brahmin ketua upacara agama
 -4 kumpulan anak raja
 -Dibawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat
 -Hamba di bahagian paling bawah
 -Daerah ditadbir Datu
 -Datu mengangkat sumpah di Telaga Batu Palembang 

Pengaruh Hindu Buddha dalam Kesenian
-Monumen ialah binaan batu
-Dibina bagi memperingati orang/peristiwa penting
-Candi ialah rumah ibadat
 -Tempat menyimpan abu jenazah raja
 -Menyimpan patung dewa utama
 -Angkor Wat & Borobodur melambangkan Orde Kosmos
 -Patung Hindu seperti Dewa Brahman & Siva
 -Patung Buddha seperti Avalokitesyara

Pengaruh Hindu di Angkor Wat
 -Candi pemujaan, dilengkapi menara & tembok
 -Ukiran Ramayana & Mahabrata

 Pengaruh Buddha di Borobodur
 -Terdiri 3 tingkat iaitu sila, Samadhi & panna
 -Setiap tingkat diwakili patung Buddha
 -Tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha

 Pengaruh Hindu Buddha di Lembah Bujang
 -Terbahagi dua iaitu vimana (bahagian suci)
 -Mandapa (bahagian luar)

Pengaruh Bahasa Sanskrit
 -Merekod maklumat raja
 -Contoh Batu Bersurat di Kutei
 -Bahasa kitab keagamaan
 -Disesuaikan dengan BM seperti duka & durhaka
 -Bahasa ilmu & komunikasi di AT

Pengaruh Hindu dalam Kesusasteraan
-Epik Ramayana & Mahabrata
-Puisi & prosa Jawa seperti Negarakertagama
-Epik lisan & teater seperti wayang kulit
-Mahabrata diadun dengan unsure tempatan
-Melahirkan Hikayat Pendawa Lima & Hik. Pendawa Jaya
-Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png
 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)