25 Nov 2014

Bab 10:Dasar British Dan Kesan Terhadap Ekonomi

BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESAN TERHADAP EKONOMI

Ekonomi Tradisional
-Sara diri iaitu bercucuk tanam dan memungut hasil hutan
-Pengeluaran skala kecil, teknologi mudah dan buruh terhad
-Lebihan pengeluaran untuk zakat dan sedekah
-Tanaman lain iaitu ubi dan pisang

Ekonomi Dagangan
-Lebihan pengeluaran untuk pasaran luar
-Pengeluaran skala besar dan modal banyak
-Ekonomi Melayu terpinggir
-Wujud dwiekonomi iaitu tradisional dan dagangan
-Kemasukan buruh Cina dan India

Sistem Pertanian Komersial
-Pertanian komersial bertujuan untuk eksport
-Contoh tanaman iaitu getah dan tebu
-Pemodal Cina dan Eropah mempunyai modal dan teknologi
-Melayu masih menjalankan ekonomi sara diri

Perusahaan Getah
-H. N. Ridley mempromosi tanaman getah
-Menemui sistem menorah ibidem (tulang ikan)
-Pelabur Eropah membawa masuk modal
-British mengenakan cukai dan sewa yang rendah
-Kemajuan jalan raya dan jalan keretapi
-British membawa masuk buruh India

Kejatuhan Getah
-Kemerosotan harga getah semasa kemelesetan ekonomi dunia
-Rancangan Sekatan Stevenson menahan kejatuhan harga
-Pengeluaran getah dihadkan

Industri Perlombongan
-Bijih timah mendapat permintaan tinggi
-Pengusaha Eropah dan Cina mengambil alih perusahaan
-Awalnya harga dipantau pembesar Melayu
-Pengusaha Eropah menggunakan kapal korek
-Pembesar Melayu memajakkan lombong kepada Cina
-Tanah Melayu pengeluar utama bijih timah

Buruh Cina
-Kedatangan buruh Cina digalakkan British
-Sistem Tiket Kredit
-Sin Kheh dikumpulkan Kheh Thau di kampong
-Sistem Pengambilan Kakitangan
-Majikan menghantar pegawai mencari buruh di China
-Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
-Majikan melantik pegawai dari Negara Chin
-Kemasukan berkumpulan China Foochow ke Sarawak

Buruh India
-Kedatangan buruh India diterima Melayu
-Hubungan tradisi Melayu dan India
-Sistem Buruh Bebas
-Buruh China dating dengan biaya sendiri
-Sistem Kontrak
-Majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu
-Sistem Kangani/ketua
-Majikan memberi lesen mencari buruh di India

Penggunaan Mata Wang
-Wang digunakan dalam perniagaan
-Melaka wang emas dan perak
-Kelantan dinar emas dan kupang di Terengganu
-Eropah membawa mata wang Sepanyol
-British mengeluarkan mata wang kertas

Institusi Kewangan  Perbankan
-Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur
-Agen pembayar kepada pengimport dan pengeksport
-Bank Pertama ialah Merchantile Bank
-Bank Eropah mengutamakan pedagang Eropah
-Pedagang tempatan berurusan dengan komprador/orang tengah
-Bank tempatan pertama ialah Kwong Yik Bank

Perkhidmatan Insurans
-Insurans seperti kebakaran dan kemalangan
-Kebakaran kerap berlaku di Kuala Lumpur
-Syarikat insurans tempatan di Singapura
-Insurans nyawa dankebakaran diasingkan

Dasar Pertanian British
-Memperkenalkan tanaman kopi dan tembakau
-Tanaman tradisional dikomersialkan iaitu lada hitam
-Buruh India diguanakn untuk memajukan perladangan
-Undang-undang tanah melindungi tanah orang Melayu

Undang-undang Tanah
-Pemilikan tanah berdasarkan peneroka tanah
-British memperkenalkan rekod bertulis tanah
-Urusan jual beli tanah dan cukai pajakan
-Tanah dijadikan cagaran mendapatkan modal
-Peraturan Tanah Perak dan Sungai Ujong
-Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial
-Cukai bergantung kepada jenis tanah

Undang-undang Tanah British
-Permohonan tanah dibuat di Pejabat Tanah
-Kebenaran diperlukan untuk mengutip dammar dan rotan
-Kelulusan tanah bergantung kepada modal dan teknologi
-Cukai dibayar menggunakan wang
-Melayu terpaksa meminjam dan hilang tanah

Undang-undang Tanah Tanah Bumiputera
-Akta Tanah Simpanan Melayu mengelakkan tanah berpindah milik
-TSM tidak boleh dijual, dipajak atau dipindah milik
-TSM tidak boleh ditanam tanaman komersial
-Land Order di Sarawak melindungi tanah pribumi
-Membahagikan tanah iaitu campuran, simpanan dan pedalaman
-Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja
-Proklamasi III di Sabah melindungi pribumi

Dasar Terhadap Pekebun Kecil
-Mengekalkan melayu sebagai petani
-Menghalang tanaman getah di sawah padi
-Melarang pembukaan tanah baru
-Rancangan Sekatan Stevenson menghadkan getah
-Pekebun kecil dianggap mengancam pengusaha getah

Dasar Tanaman Padi
-Melayu berminat tanam getah
-Terpaksa import beras dari Thailand
-Membaiki sistem perparitan

Kesan Dasar Ekonomi British

Perbandaran
-Perkembangan pesat di pusat ekonomi
-Pekan menjadi Bandar seperti Kuala Lumpur
-Bandar menjadi tumpuan penduduk
-Bandar didiami orang cina, melayu di kampung
-Kemudahan infrastruktur di bandar sahaja

Masyarakat Majmuk
-Kegiatan ekonomi berasaskan kaum
-Melayu bertani di luar bandar
-Cina berniaga di bandar
-India menorah di ladang
-Bahasa pertuturan mengikut bahasa ibunda masing-masing
-Tiada perpaduan kaum

Pendidikan Vernakular
-Sekolah melayu hanya diperingkat rendah
-Sekolah tamil menggunakan bahasa tamil
-Sekolah cina dibiayai saudagar dari cina
-Sekolah Inggeris diusahakan mubaligh

Perkilangan
-Kilang membina kapal korek
-Kilang mengetin nenas oleh bangsa Perancis di Johor
-Sektor ini dikuasai Eropah dan Cina

Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
-Jalan keretapi mempercepatkan pengangkutan bijih timah
-Jalan raya berkembang
-Sistem perhubungan telegraf dan pos

Kesihatan
-Hospital terawal dibina di Taiping
-Hospital swasta di Kuala Lumpur
-Sanitary Board menjaga kesihatan awam di Kuala Lumpur




 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

No comments:

 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)