25 Nov 2014

Bab 1:Kemunculan Tamadun Awal Manusia

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Zaman Pra Sejarah
 -Manusia belum kenal tulisan
 -Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik & Logam (zaman gangsa & besi)

 (i)Ciri-Ciri Paleolitik & Mesolitik
   -Berpindah randah/nomad
   -Di tepi tasik, sungai dan gua
   -Hidup dalam kelompok keluarga/kumpulan
   -Menangkap ikan, memburu binatang & memungut hasil sungai
   -Alat batu mengutamakan fungsi/kasar

 (ii)Ciri-Ciri Neolitik
    -Menetap dalam kelompok besar/bermasyarakat
    -Bercucuk tanam & menternak binatang
    -Alat batu pelbagai fungsi/licin & tembikar
    -Pengkhususan kerja
    -Sistem barter

 (iii)Ciri-Ciri Zaman Logam
   -Zaman gangsa/besi
   -Mencipta perahu & rumah
   -Meneroka lautan & perdagangan
   -Petempatan berkembang menjadi kota
   -Membina kota pertahanan

 Tamadun Manusia

 (i)Makna tamadun
 -BM: Peradaban
 -BA: Mudun, Madain & Madana/tinggi budi bahasa/pembukaan bandar
 -BI: civilization/civitas/Bandar
 -Barat: Pembangunan lahiriah
 -Islam: Pembangunan lahiriah & rohaniah (Richard Sullivan)
                       
 (ii)Ciri-Ciri Tamadun
   -Petempatan kekal: kehidupan sistematil
   -Berorganisasi: Hidup stabil & makmur
   -Pemerintahan: Ketua pemerintahan magis & wakil Tuhan
   -Pengkhususan kerja: pertukaran teknologi & hubungan diplomatic
   -Agama & kepercayaan: Animisme (pokok, hujan) & politeisme (banyak Tuhan)
   -Bahasa & tulisan: Sanskrit, hieroglif, cuneiform & ideogram

(iii)Proses Pembentukan Tamadun
    -Penyesuaian manusia dengan alam sekeliling
    -Manusia menetap di lembah sungai (tanah subur)

 (A)Tamadun Mesopotamia
 -Mesopotamia bermaksud tanah diantara dua sungai
 -Terletak di Sg. Tigris & Euphrates
 -Bermula zaman neolitik
 -Kerajaan terawal Sumeria & terakhir Parsi

(a)Proses Pembentukan
 -Orang Sumeria membina petempatan
 -Kampung berkembang menjadi bandar (Kish & Ur)

 (b)Ciri-Ciri Mesopotamia
 Negara Kota
 -Terdiri pusat kota, tembok kota, luar kota & pelabuhan
 -Kubu pertahanan dilengkapi pintu gerbang
 -Dalam kota terdapat istana & rumah kediaman
 -Pusat kota merupakan rumah ibadat
-Setiap kota mempunyai unit politik & agama

 Organisasi Sosial
 -Terbahagi dua: pemerintah & rakyat
 -Pemerintahan: Raja, Ketua Pendeta, Ketua Tentera & Bangsawan
 -Rakyat: Bebas (petani, artisan & pedagang) & hamba

 Sistem Pemerintahan
 -Berbentuk teokrasi: raja wakil Tuhan
 -Raja Naramsin menganggap dirinya Raja Empat Penjuru Alam
 -Raja: Ketua pentadbir, ketua tentera, ketua agama & ketua pendeta
 -Raja melantik kerabat memegang jawatan di zingurat
 -Zingurat: pusat ibadat & perdagangan
 -Raja berkuasa terhadap tanah & cukai
 -Raja dibantu bangsawan

Pengkhususan Kerja
 -Wujud lebihan hasil pertanian
 -Petani bertukar menjadi pedagang
 -Hasil pertanian tukar dengan logam & emas
 -Terdapat pengusaha tekstil & tembikar
 -Ada menjadi tentera mempertahankan negara kota

 Sistem Tulisan
 -Berbentuk gambar & simbol (tanah liat)
 -Berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform

(c)Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Kod Undang-Undang Hammurabbi
 -Digubal Raja Hammurabi
 -Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
 -Hukuman setimpal dengan kesalahan
 -Dipahat pada tembok
 -Mengelakkan masalah & mengeratkan perpaduan

 Hasil Tulisan
 -Melahirkan jurutulis merekod urusan pentadbiran & perdagangan
 -Epik Gilgamesh: falsafah & cara hidup Mesopotamia

 Ilmu Pengetahuan
 -Astronomi kajian bulan bintang
 -Memperkembangkan ilmu matematik
 -Kalendar 12 bulan setahun
 -Ilmu perubatan herba & cara menggunakannya

 Pengangkutan
 -Penciptaan roda & kereta kuda
 -Kincir air mengawal banjir
 -kapal layar untuk perhubungan & perdagangan

Seni Bina
 -Membuat batu bata dari tanah liat
 -Mencipta arca/patung Raja Gudea
 -Bangunan zigurat

Empayar Pertama Dunia
 -Raja Sargon membina kerajaan Akkad
 -Membentuk masyarakat beretika
 -Perpustakaan dibina oleh Ashurbanipal

 (B)Tamadun Mesir Purba
 -Terletak di Sg. Nil (Nil Biru & Putih)
 -Tanah subur untuk pertanian & petempatan
 -Terbahagi 4 zaman: Zaman Awal, Pertengahan, Empayar & Keruntuhan
 -Jatuh ke tangan Yunani & Rom

(a)Proses pembentukan
 -Didiami manusia zaman gangsa
 -Menggunakan peralatan logam memajukan pertanian & petempatan
 -Kampung membentuk bandar membentuk daerah
 -Daerah digabungkan menjadi Bandar (Memphis, Thinis & Thebes)

 (b)Ciri-Ciri Tamadun Mesir Purba
 Pusat Pentadbiran
 -Daerah disatukan dibawah pentadbiran berpusat diThinis
 -Pusat pentadbiran berpindah ke Memphis & Thebes 
 -Di pusat Bandar terdapat istana, pentadbiran & pelabuhan

 Organisasi Masyarakat
 -Firaun berkuasa mutlak, suci & mewarisi takhta
 -Firaun digelar Tuhan Horus, Raja Matahari
 -Anak Tuhan Matahari iaitu Amon Re
 -Firaun pemilik tanah, ketua pendeta, ketua tentera & ketua hakim
 -Bangsawan, rahib, tuan tanah & jurutulis
 -Rakyat bebas: petani, pedagang & artisan
 -Hamba

Sistem Pemerintahan
 -Firaun sebagai ketua pentadbir
 -Dibantu bangsawan/pembesar
 -Rahib mentadbir hal keagamaan
 -Jurutulis merekod urusan pentadbiran
 -Firaun Hatshepshut (wanita) memajukan pertanian & terusan

Pengkhususan Kerja
 -Menenun, tembikar & melombong emas
 -Mengeksport tekstil & kertas
 -Perdagangan maju kerana pelabuhan cekap

Agama
 -Politeisme  & animisme
 -Tuhan Matahari (Re) & Tuhan Langit (Ra Atum)
 -Percaya hidup selepas mati
 -Mayat diawet & dikebumikan bersama alat kebesaran

Tulisan
 -Hieroglif, kombinasi gambar & simbol
 -Berdasarkan bunyi
 -Merekod pertanian, cukai & keagamaan
(c)Sumbangan Tamadun Mesir Purba
 Seni Bina
 -Imhotep membina pyramid daripada batu bata
 -Saintis, ahli fizik, arkitek, perubatan & penasihat Firaun

Kertas
 -Mencipta kertas daipada pokok papyrus
 -Kertas menggantikan kepingan batu bata simpan rekod

Tulisan
 -Hieroglif dipahat pada makam & batu
 -Tulisan halus & berseni

 Pendidikan
 -Pendidikan kanak-kanak atasan
 -Dikendalikan rumah ibadat
 -Bertujuan melahirkan jurutulis terlatih

Ilmu Perubatan
 -Pengamal perubatan berstatus tinggi
 -Memumiakan mayat
 -Mahir fizik, kimia & perubatan

Ilmu Matematik
 -Melahirkan pengurus pertanian & bangunan
 -Mengawal banjir
 -Menukar padang pasir menjadi pertanian subur
 -Mencipta calendar 365 hari & 12 bulan setahun

 (C)Tamadun Indus
 -Terletak di Sg. Indus dari pergunungan Himalaya
 -Dikenali sebagai tamadun Harappa
 -Muncul 2500sm & merosot 1800sm
 -Merosot akibat serangan Aryan, banjir & kemarau

 (a)Proses Pembentukan
 -Bermula di barat laut India yang didiami orang nomad
 -Wujud petempatan kekal, sumber air & tanah subur
 -Penduduk bertambah & perkembangan Bandar
 -Bandar Mohenjo Daro & Harappa

(b)Ciri-Ciri Tamadun Indus
Bandar Terancang
-Terbahagi dua bahagian
 -Bahagian utama pusat pentadbiran
 -Bahagian kedua kawasan perumahan
 -Kemajuan ilmu geometri & matematik
 -Bangunan berbentuk segi empat
 -Bangunan daripada batu bata
 -Bangunan dipisahkan oleh jalan raya lurus
 -Terdapat sistem kumbahan sistematik
 -Boleh dihubungi melalui sungai

Organisasi Sosial
 -Golongan atasan & bawahan
 -Atasan: pendeta & pedagang
 -Pendeta mengetuai hal keagamaan
 -Bawahan: petani &  buruh
 -Petani menyerahkan hasil kepada pemerintah
 -Buruh menjaga kebersihan bandar

Pengkhususan Kerja
 -Perdagangan, pertanian, pertukangan & pembuatan
 -Perdagangan luar dengan Mesopotamia
 -Barang dagangan seperti emas, gading & manik
 -Petani menanam barli & kacang
 -Artisan menghasilkan logam & tembikar

Agama
 -Patung Proto Shiva (duduk bersila & 3 tanduk)
 -Melambangkan dewa Brahma, Vishnu & Shiva
 -Percaya Tuhan Ibu

Tulisan
 -Tulisan piktograf

(c)Sumbangan Tamadun Indus
 Perancangan Bandar
 -Kemahiran matematik & geometri
 -Kemahiran seni & pembinaan
 -Bahan binaan & batu bata bermutu
 -Tanah liat dibakar pada suhu tinggi

Sikap Keterbukaan
 -Berhubung dengan Mesopotamia & Mesir
 -Pertukaran teknologi

(D)Tamadun Hwang Ho
 -Terletak di Sg. Hwang Ho
 -Bersifat setempat & bergunung ganang
 -Bermula zaman paleolitik (Peking Man)
 -Zaman neolitik bertani & menternak
 -Dinasti Hsia-Shang (pemerintah zalim)-Chao

 (a)Proses Pembentukan
 -Tapak Banpo petempatan awal
 -Penduduk bertani & menternak
 -Muncul bandar Anyang

 (b)Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho
 Negara Kota
 -Di Anyang terdapat istana, kuil & pusat pentadbiran
 -Tempat raja, pembesar & golongan agama menetap
 -Dilengkapi tembok menghalang musuh
 -Dikelilingi perkampungan petani

Organisasi Sosial
 -Lapisan atas: Raja & pembesar
 -Lapisan bawah: Petani & Artisan
 -Lapisan bawah: Hamba

 Pengkhususan Kerja
 -Pembesar mempunyai tentera berkuda
 -Petani memenuhi keperluan golongan atasan
 -Artisan mencipta tembaga, senjata & tembikar
 -Hamba sebagai tentera paksaan & korban penyembahan

 Sistem Pemerintahan D. Shang
 -Penganti raja ialah anak lelaki
 -Raja ketua pentadbiran
 -Raja mendapat mandate Tuhan
 -Raja dibantu bangsawan & pegawai kerajaan
 -Bangsawan memungut cukai & pertahanan

Sistem Pemerintahan D. Chao
 -Pemilikan tanah dibahagikan kepada wilayah
 -Wilayah ditadbir pembesar tempatan
 -Pembesar mengangkat ikrar taat setia
 -Dianugerahkan kereta kuda & senjata
 -Melindungi raja & ketua agama

Keagamaan
 -Animisme & politeisme
 -Menyembah roh nenek moyang
 -Tuhan Syurga, Tuhan Bumi, & alam sekitar
 -Upacara agama menggunakan muzik & tarian
 -Upacara korban manusia diketuai bomoh
 -Bomoh tafsir rekahan tulang oracle

Sistem Tulisan
-Rekahan tulang Oracle
 -Tulisan ideogram
 -Berbentuk gambar bulan, matahari & sungai

(c)Sumbangan Tamadun Hwang Ho
 Pemerintahan Monarki
 -Berterusan sehingga ke D. Chao
 -Konsep raja ditukar kepada maharaja
 -Maharaja dikaitkan dengan anak syurga & mandat syurga

Kemajuan Pertanian
 -Terusan mengairi pertanian & elak banjir
 -Dimajukan oleh Shih Huang Ti
 -Teknologi pembajakan, cangkul & sabit
 -Menggunakan batas tanaman
 -Alat pertanian kayu ditukar kepada besi
 -Memperkenalkan sistem tanaman bergilir

Tulisan
 -Meluas dalam penulisan & percetakan
 -Berkembang ke Korea & Jepun

Kepercayaan
 -Pemujaan roh nenek moyang
 -Korban manusia digantikan dengan makanan & duit kertas
 -Ying Yang (kuasa pasif & aktif)
 -Feng Shui (keharmonian manusia dengan alam)

Kalendar
 -30 hari sebulan & 360 hari setahun
 -Menentukan musim menanam & menuai
 -Tarikh perkahwinan, memburu & pengkebumian

Falsafah Perang
 -Karya The Art Of War
 -Hal perang & cara menangani musuh
 -Kini digunakan untuk memajukan perdagangan






 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

No comments:

 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)