3 Dec 2014

Cara Mengatasi Masalah Nafas Berbaru

Assalamualaikum & Hie!

Apa khabar?Korang sihat?Alhamdulillah..Macam mana cuti ok?Ok!Hari ni Syaz nak share dengan korang something special hari ini.Hmmm...apa dia eaa?Ha..teka,teka...Ok!Hari ni Syaz nak share tip kesihatan untuk kita semua.Korang biasakan kan ada masalah nafas berbau?Kan?Tipu lah kalau korang tak pernah alami masalah tu.Semua orang pernah alami.Kadang-kadang rasa malu nak bercakap dengan kawan-kawan kita sebab nafas kita berbau kan?Hmmm..macam mana nak hilangkan bau busuk nafas tu?Ha!Yang ni lah Syaz nak share dengan korang ni.Disebabkan nafas yang wangi atau segar sangat penting kepada kita semua,ramai penjual menghasilkan berjuta-juta produk daripada Pudina dan pembersih mulut juga dijual dengan harga yang mahal.Produk-produk ni memanglah berkesan tetapi ianya hanya untuk sementara.Tak tahan lama pulak tu.Malah,produk tersebut sebenarnya mungkin kurang berkesan daripada hanya membersihkan mulut korang dengan air dan memberus dan menggunakan flos gigi dengan kerap.






Ha!Sebenarnya banyak punca berlaku masalah nafas berbau dan banyak cara untuk mengelakkan masalah tersebut terus berlaku.Jom!Kita check it out...

1.Mulut anda sendiri mungkin salah satu puncanya.Mungkin disebabkan bakteria daripada sisa makanan di dalam mulut dan celah-celah gigi korang.Sebab tu pentingnya gosok gigi selepas makan.Ha1Lepas ni,jangan lupa gosok gigi tau.



2.Nafas berbau juga boleh berlaku apabila mulut kita kering.Yang ni memang selalu berlaku kan?Syaz sendiri pun pernah alami.Biasanya mulut kita berlaku selepas kita tidur.Euuuu...tak boleh nak kata lah,bila menguap confirm mulut berbau busuk sangat.Tetapi masalah juga bukan berlaku disebabkan kita tidur juga tetapi kadang-kadang,smoker lagi teruk bau nafas diaorang.Kenapa?Merokok akan menyebabkan sel-sel mati dan berkumpul di lidah,gusi dan pipi.Akibatnya, mereka akan mengurai dan menyebabkan bau.




3.Memakan makanan yang berbau seperti bawang besar atau merah dan bawang putih adalah salah satu faktor nafas berbau.Tetapi..ha ada tetapi juga tau.selain bawang,makanan juga ada juga tau yang menyebabkan nafas kita berbau.Contohnya,makanan yang pedas-pedas,berminyak pun boleh meyebabkan nafas kita berbau.



4.Next,ha!elakkan makan makanan yang ditapai enam minggu.Macam keju,alkohol,cuka,makanan yang manis dan chocolate.Ha!Korang suka chocolate  kan?Hmm...korang kena kurangkan makan chocolate.Tak elok tau.Semua makanan yang Syaz bagi tahu tadi tu,semuanya boleh menyebabkan nafas kita berbau.So korang rasa mana lagi bagus.Pastikan setiap bulan korang buat pemeriksaan gigi supaya nafas korang tidak berbau.So nak terus makan chocolate atau nak nafas korang terus berbau?Think about it.. :)



5.Pastikan pergerakan usus adalah tetap satu kali sehari dengan mengambil makanan berserat dalam pemakanan anda.Maksud Syaz kat sini,lebihkan makan makanan berserat seperti sayur-sayuran,buah-buahan,makanan bergandum,kekecang dan makanan yang mempunyai serat Alpukat.Kalau masalah nafas berbau korang terus berlaku,jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan pernafasan untuk membuktikan sama ada anda mempunyai penyakit Helicobacter pylori iaitu sejenis bakteria yang hidup di dalam perut yang mana akan menyebabkan ulser.Ha!syaz nak suggest makanan yang jadi favourite orang ramai.Korang mesti tau makanan ni.Kalau korang rasa macam susah nak cari makanan berserat atau sebab makanan tu mahal,apa kata korang makan oat krunch ataupun oat chocolate choco.Sedap tau.Tak cuba,tak tahu lah ;)


Okay,itu sahaja yang Syaz boleh kongsikan untuk korang.Insyaallah,Syaz akan kongsi lebih banyak tips yang berguna untuk korang.Jangan lupa klik iklan Nuffnang Syaz tau.Terima kasih sebab tolong klikkan iklan Nuffnang Syaz.Syaz hargai sangat.Terima kasih sekali lagi.Gule Gule(Bye-Bye). :)






 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

No comments:

 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)