30 Dec 2015

You follow I,I Follow You

Assalamualaikum...


Alhamdulillah,hari ni cuaca cantik sangat.Suka tengok benda-benda hijau.Syaz tak maksudkan tengok semua barang warna hijau..hehe.Apa yang Syaz maksudkan kat sini,Syaz suka tengok pokok,pokok.Rasa sejuk jer bila mata memandang.Itulah manfaat yang kita dapat dari anugeah Allah.Anyway,Syaz nak ajak korang untuk join segmen dari Sis kita yang comel ni.Orang panggil dia Yaya.So jum kita pergi terjah blog Yaya Cendana,lepas tu kita join segmen ni,okay?Untuk syarat segmen ni,baca di bawah ni.

1.Follow blog Yaya Cendana.
2.Buat entry "You Follow I,I Follow You".
3.Tinggalkan url entry korang di bahagian komen entry "You Follow I,I Follow You" di blog Yaya Cendana.
4.Korang kena mention korang follower blog Yaya Cendana yang ke berapa dengan menggunakan #(Hashtag).

Simple kan syarat segmen ni.Apa tunggu lagi?Jom kita join ramai,ramai.All the best korang!

Saya follower yang ke #290


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Pencarian Top 5 Blogger

Assalamualaikum

*tekan banner untuk join

Tag rakan : Tashira,Syaqienah dan Intan
Nama panggilan dalam blog : Syaz
Tempoh pengalaman berblogging : Dari March 2012



 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

29 Dec 2015

Rezeki

Assalamualaikum

Happy lunch korang.Jangan lupa makan tengah hari tau and jangan lupa jugak korang mesti makan ikut piramid makanan,okay?Barulah sihat..Syaz tak tahu nak mula dari mana tapi apa-apa pun Syaz nak cakap berjuta-juta terima kasih kat korang sebab korang selalu follow,comment and singgah blog Syaz.Syaz tak tahu macam mana nak balas semua jasa korang.Alhamdulillah,Allah memberi rezeki kepada  Syaz melalui Nuffnang.Alhamdulillah..Kalau korang tak singgah blog Syaz,CPUV Nuffnang Syaz tak kan naik.Apa-apa pun terima kasih sekali lagi.



Nak naikkan CPUV ni bukan senang.Sebelum ni susah betul nak ada CPUV macam ni tapi alhamdulillah Allah Maha Pemurah.Syaz tak pernah lagi cashout daripada Nuffnang sebelum ni.Syaz ada jugak dengar yang orang cashout Nuffnang samapai beribu-ribu.Dari situ,Syaz rasa macam nak cuba untuk join Nuffnang.Anyway terima kasih banyak-banyak Nuffnang percayakan Syaz.Terima kasih jugak kepada Marigold,Sunsilk ,Petronas,U Mobile,Nestle Bliss dan Kaodim sebab pilih blog Syaz untuk promote produk.Apa-apa pun terima kasih kat korang jugak sebab sudi singgah blog Syaz dan klik iklan kat blog Syaz.Terima kasih korang.Sayang korang semua. :)


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Year End + New Year Giveaway?By Aynal M



Assalamualaikum...


Hye and Happy Tuesday guys!Anyway tak lama lagi dah nak masuk tahun 2016.Wow!Seriously,sekejap gila Syaz rasa masa berlalu,kan?Syaz rasa satu tahun tu macam 5 bulan and 1 minggu pulak rasa macam 3 hari.Tak kisahlah apa yang berlaku kat kita,kita mesti teruskan hidup kita and jalankan tanggungjawab kita pada Allah yang Maha Esa.Alhamdulillah,kita semua dapat rezeki yang Allah limpahkan pada kita semua.Hari ni kebetulan pulak hujan,Syaz rasa tenang jer bila hujan turun.Seronok pulak rasanya bila tengok hujan.Rasa macam nak mandi hujan.Tak payah dah pergi waterpark.Hehe..tapi huhuhu..Syaz dah besar.Best kan kalau jadi budak,budak?Kita boleh main macam,macam.Anyway Syaz nak bagitahu korang about giveaway yang superb daripada Aynal M.Tarikh tamat untuk giveaway ni ialah pada 16 Januari 2016.So jangan lupa join.Hadiah misteri menanti korang.Kita join giveaway ni ramai,ramai,okay?By the way Syaz wish good luck dekat korang.Bye!Syaz tag Sarah Amran,OM dan Rrai.


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

26 Dec 2015

Kebaya Nyonya Giveaway Contest by Izzlegacy Boutique

Assalamualaikum...

kebaya_giveaway_2016
Klik gambar di atas untuk join giveaway dari Izzlegacy Boutique.

Ha!Kami nak habaq hang yang Izzlegacy Boutique ni ada jual macam-macam jenis baju Kebayo Nyonya.Cantik-cantik pulok tuh.Hang tak nok beli satu ko?Mai lah beli.Rugi hang tak beli.Kalau hang nak tau,baju Kebayo Nyonya ni ado untuk semuo.Ado untuk wanita dewaso ado,kanok-kanok pun hado.Saiz kebayo pun ado macam-macam.Dari XS hinggo ke 6XL.Umpama dari A hingga ke Z.Baju kebayo nyonya cantik-cantik belako pulok tuh.Hang tak percayo?Hang tengok gambar kat bawah ni.Rambang mato kami tengok.Ado warno mace-mace.

kebaya_nyonya_cotton
Banyak pilihan.Macam-macam warna ada.

kain_batik_kembang_payung
Hah!Siap ada jual kain batik untuk dipadankan dengan baju Kebaya Nyonya.

set_kebaya_nyonya_dengan_kain_batik_01

set_kebaya_nyonya_dengan_kain_batik_02

set_kebaya_nyonya_dengan_kain_batik_03


Cantik,cantik kan baju Kebaya Nyonya ni.Kalau korang nak tahu harganya pun berpatutan.Untuk korang yang duduk area Lembah Klang,korang boleh pergi serang butik ni ramai-ramai untuk dapatkan Kebaya Nyonya yang super duper awesome ni.Bukan serang nak pergi berperang,okay?Korang belilah baju dekat Izzlegacy Boutique ni,okay,okay?Kepada yang duduk jauh dari area lokasi Izzlegacy Boutique,korang do not worry about that.Korang just terus terjah ke website Izzlegazy Boutique,okay?Korang jangan risau tentang harga.Harga baju Kebaya Nyonya dari Izzlegacy Boutique ni tip top punya. Jangan lupa tau korang,kita ramai-ramai bagi support dekat Izzlegacy Boutique supaya perniagaan orang Melayu terus maju.Saya tag Ezza,Nurhuda,Mormor,Beeha,Ayu dan Aisyhah.So jangan lupa,okay?Bye!


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Cara Diet Yang Betul

Assalamualaikum...

Hai korang.Happy Saturday,guys!So untuk hari ni Syaz nak share dengan korang cara nak diet dengan betul untuk dapatkan badan yang cantik,sihat and paling penting langsing.Sapa tak nak kan badan yang yang ideal?Kalau korang nak diet bukan dengan cara menahan lapar tau tapi ada caranya yang betul.Nak diet bukan susah tapi korang kena makan ikut waktu untuk dapatkan badan yang cantik tanpa menahan lapar.Apa yang korang perlu buat just makan ikut waktu,okay?Ha!Kat bawah ni ialah waktu yang korang perlu on time bila nak makan dan perlu buatnya setiap hari untuk dapatkan badan yang sihat and jangan risau,korang tak kan lapar bila korang makan ikut waktu.Series,Syaz dah pernah cuba.Boys pun boleh ikut jadual ni untuk dapatkan badan yang cantik and sasa gitu!

7.00 pagi


Pada masa ni korang kena bangun tidur tepat pada pukul 7.00 pagi.No excuses,okay?Tapi lagi bagus kalau korang bangun terus selepas korang solat Subuh.Korang akan dapat lebih banyak udara segar pada waktu pagi.Bila korang dapat fresh air,korang akan rasa so happy bila bangun pagi berbanding bangun tidur pada waktu tengah hari.Badan korang pun akan berasa lebih bertenaga dan semangat korang pun akan berkobar-kobar bila bangun awal.Ha!Lepas korang bangun tidur jer,jangan lupa tau untuk buat sedikit regangan.Apa yang korang perlu buat ialah korang rapatkan kedua-dua lutut korang ke perut dan dakap selama beberapa saat tapi lebih baik korang buat dalam 30 saat.Tujuan buat regangan selepas bangun tidur adalah untuk mengembalikan kedudukan saluran cerna korang.Regangan tu simple jer and tak ambil masa yang lama.

7.30 pagi


Minum segelas air kosong selepas korang bangun daripada tidur korang.Kalau korang nak tahu,ianya adalah untuk melancarkan sistem pencernaan kita semua supaya sistem pencernaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.Pastikan korang minum air 8 gelas setiap hari supaya korang tak berasa cepat letih terutamanya sewaktu musim panas.

8.00 pagi


Pada masa ni pulak,apa yang korang kena buat ialah ambil sarapan pada masa ni.Untuk sarapan,seperti yang sebelum ni Syaz ada share dengan korang yang korang perlu banyakkan makan cereal semasa korang ambil sarapan supaya korang tak berasa cepat letih dan mengantuk sewaktu korang tengah belajar dalam kelas ataupun semasa korang buat aktiviti.Tak pun korang boleh makan telur separuh masak untuk beri korang tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.Sebab tu lah kita kena ambil sarapan.Sebab sarapan lah yang beri kita tenaga untuk buat segala aktiviti dalam seharian.So untuk menu sarapan pastikan menu sarapan korang seimbang antara protein dan karbohidrat,okay?

10.00 pagi


Pukul 10.00 pagi ni,korang kena minum pagi pada masa ni.Menu minum pagi mestilah tidak berat dan tak boleh lebih daripada 10% daripada keseluruhan diet setiap hari.Tapi lebih baik kalau korang makan sesuatu yang berasaskan yogurt sebab yogurt ni mengandungi probiotik yang sangat bagus dan baik untuk pencernaan.So jangan lupa makan makanan yang berat.Minum pagi ni tujuannya untuk elakkan korang rasa lapar jer,okay?

12.00 tengah hari


Attention!Yang ni korang kena take note betul,betul!Makan tengah harilah yang kedua paling penting.Walaupun kedua paling penting,korang take note jugak apa-apa pun.Jangan pandang remeh pasal makan tengah hari sebab makan tengah hari ni lah yang beri kita tenaga untuk lakukan aktiviti sebelah petang pulak.Untuk pengetahuan korang,bahagian makan tengah hari adalah yang paling besar iaitu sekitar 35-45% daripada keseluruhan diet seharian.Menu yang disarankan adalah yang lengkap gizinya seperti nasi,ayam ataupun daging,tauhu atau tempe dan sayur.Syaz nak nasihatkan korang kalau dalam menu seharian korang tu,korang dah makan ayam.Untuk waktu makan lain,korang jangan makan ayam atau daging lagi sebab ayam dan daging susah nak cerna.So dalam mana-mana menu makan korang,korang mesti makan sekali jer ayam ataupun daging,okay?Dan satu lagi,untuk menu makan tengah hari,korang kena kurangkan makan makanan yang berminyak,berlemak dan bersantan sebab kolestrol dalam makanan tersebut sangat tinggi dan korang kena elakkan jugak makan sayuran yang boleh merangsang gas seperti brokoli.Ehem,ehem..faham,faham lah yer.

2.00 petang


Untuk buatkan korang kekal fresh and merangsang otak korang sentiasa cerdas,korang kena makan sedikit kudapan atau dengan kata lain makanan ringan seperti kacang,roti,biskut,buah-buahan dan lain-lain.Tapi kalau Syaz,Syaz lagi suka kalau time ni Syaz makan buah-buahan seperti buah epal ataupun buah oren yang mana kaya dengan serat,vitamin dan mineral supaya kita sentiasa rasa fresh dan badan tidak rasa lesu walaupun pada waktu petang.Syaz nak nasihatkan korang untuk elakkan makan makanan yang bergoreng tapi lagi bagus kalau korang tak makan langsung untuk waktu makan masa ni.Barulah badan korang sentiasa cantik.

4.00 petang


Ha!Yang ni Syaz tahu sangat.Time-time macam ni lah kita selalu rasa laparkan termasuk Syaz.Hehe..biasanya Syaz kalau lapar Syaz tak kan makan benda lain selain buah.Tapi kadang-kadang Syaz rasa bosan jugak kan kalau selalu makan buah.Syaz akan makan benda-benda yang ringan contohnya biskut ataupun roti.Menunya lebih kurang macam menu makan pada pukul 2.00 petang tadi.Untuk masa ni,kalau korang nak makan kuih-muih ataupun dessert pun boleh tapi dalam kuantiti yang sedikit.Tapi it is better if kalau korang makan semangkuk sup untuk mengelak korang lapar.Kalau korang nak tahu,kandungan sup yang berasaskan air tu akan memudahkan lagi proses pencernaan.Korang nak makan creamy soup pun boleh tapi jangan makan instant soup ataupun dengan kata lain sup segera.Korang nak tahu kenapa?Hah!Kalau korang nak tahu instant soup ni sebenarnya mempunyai kandungan garam yang tinggi.So elakkan daripada makan instant soup sebab nanti korang kena high blood pressure pulak.

6.30 petang


Syaz nak ingatkan korang kalau nak makan malam,korang mesti makan sebelum pukul 7 malam supaya badan korang sentiasa kekal ideal dan makanan dapat dicernakan dengan lebih baik.Untuk makan malam,korang kena makan dalam 20-25% daripada keseluruhan diet seharian korang.Menu yang disarankan pulak adalah nasi,ikan rebus dan sayur.Dan paling penting,korang kena elakkan daripada makan terlalu banyak pada waktu makan malam dan elakkan jugak makan makanan yang berkolestrol tinggi seperti burger,makanan ringan dan seafood.Nak makan boleh tapi korang kena kurangkan supaya korang dapat menjaga badan supaya sentiasa ideal.

9.00 malam


Untuk masa ni,Syaz rasa lebih baik kalau korang minum segelas air kosong ataupun teh herba sebagai hidangan korang sebelum tidur.Ia akan merangsang sistem pencernaan supaya sistem pencernaan kita terus berkerja sepanjang malam untuk membersihkan sisa-sisa makanan dalam tubuh pada pagi hari.Untuk korang yang ada masalah perut kembung,jadikan minum air kosong ataupun teh herba sebagai rutin seharian korang supaya korang dapat memastikan pencernaan sentiasa lancar di samping membuang angin yang termendap.Kalau Syaz,Syaz lagi suka kalau minum susu sebelum tidur.Tujuannya adalah supaya tidur kita lebih nyenyak.Untuk korang yang rasa macam susah gila nak tidur,Syaz decide korang minum segelas susu setiap hari sebelum korang tidur supaya korang dapat tidur dengan nyenyak.

So Syaz share just apa yang Syaz rasa baik untuk kita semua supaya kita dapat hasilkan badan yang sihat tanpa penyakit dan badan yang cantik dan langsing.Insyaallah Syaz akan share lebih banyak lagi apa yang Syaz baca.Terima kasih tak terhingga kepada semua blogger yang singgah dekat blog Syaz.Terima kasih sekali lagi.Harap entry ni dapat membantu korang.Bye!

 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

22 Dec 2015

Katakan Tidak Pada Rambut Bercabang !

Assalamualaikum...

Happy Holiday guys!Yeah!Cuti!Sapa yang tak suka cuti,kan?Mestilah suka..Tipulah kalau korang tak suka cuti.Anyway,untuk hari ni,Syaz nak share dengan korang satu benda.Hmm...amacam?Nak tahu tak?Tapi topic yang Syaz nak share hari ni pasal perempuan lah!Sorry kaum lelaki..Perempuan selalu ada masalah rambut ,kan?Masalah rambut yang selalu jadi pada perempuan ialah rambut kering,rambut gugur,rambut bercabang,rambut berbuah dan lain-lain.Masalah-masalah ni lah yang selalu buat perempuan stress,kan?Terutamanya bila rambut gugur..Aiyo!Rambut bersepah kat lantai bila kita menyapu,kan?Haiya!Macam mana ini,itu punya rambut banyak gugur...?Huwaaa...Okay,Girls! untuk kali ni Syaz nak share dengan korang cara elakkan rambut korang bercabang.Pernah jadi kat korang?Mestilah pernah,kan?Nak tahu macam mana?Jom kita baca setiap abjad dekat entry ni..

1.Syampu Anti Alkohol

Syaz nak bagi tahu korang untuk kurangkan pakai syampu yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.Untuk pengetahuan korang,kalau korang selalu pakai syampu yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi rambut korang akan menjadi terlampau kering.Maksud Syaz kat sini,rambut korang nanti nampak macam tak bermaya bila korang selalu guna symapu yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.It is better kalau korang pakai syampu yang bebas dari alkohol dan lebih bagus lagi kalau korang pakai syampu yang bahannya terdiri daripada sumber semula jadi sebab rambut korang akan jadi lebih sihat dan korang dapat jaga rambut korang dengan baik.and yang paling penting,tiada kesan sampingan. :)

2.Kering Secara Alami

Syaz maksud kan kat sini ialah korang tak perlu guna Hair Dryer untuk keringkan rambut korang.Korang akan naikkan bil elektrik lagi bila korang guna Hair Dryer tiap-tiap hari.Lagi bagus kalau korang keringkan rambut secara semula jadi ataupun Syaz cadangkan,kalau korang naik kereta korang bukak tingkap kereta biar angin dari luar kereta keringkan rambut korang.Jimat dui,kan?Haha...Syaz gurau jer okay..Tapi Syaz rasa lebih baik kalau korang kering kan rambut secara semula jadi sebab rambut korang akan lebih tersisir rapi dan cantik secara semula jadi tapi yang paling penting jimat bil elektrik..hehe..Kalau korang nak jugak buat blow dry boleh tapi Syaz nasihatkan untuk kurangkan cara blow dry.Okay?

3.Rawat Rambut Secara Berkala



Rambut pun mesti ada rawatan tau supaya rambut korang nampak cantik dan sihat.Korang boleh pergi salon untuk membuat rawatan rambut supaya rambut lebih cantik dan terpelihara.Tapi korang jugak boleh buat rawatan sendiri dekat rumah supaya korang boleh jimatkan duit belanja korang.Nak tahu?Series nak tahu?Okay,yang tu senang jer.Apa yang korang perlu sediakan ialah sebutir telur tapi ambil kuningnya sahaja,tiga sudu teh minyak zaitun dan satu sudu madu.Pastikan madu yang korang guna mesti madu original 100%.Sekarang,korang ambil kuning telur tadi,masukkan dalam satu bekas.Then,campurkan dengan tiga sudu minyak zaitun.Lepas tu,korang campur pulak dengan satu sudu madu.Kemudian,kacau sehingga rata.Dah kacau sehingga rata,korang just sapu dekat rambut korang.Biarkan selama 30 minit dan selepas 30 minit bilas dengan air biasa sahaja.Siap!Korang rasa rambut korang macam mana.Okay tak?

4.Potong Rambut Secara Teratur





Ting,ting,ting..ha!Ni paling penting and korang perlu take notes pasal ni.Untuk elakkan rambut korang bercabang korang perlu potong hujung rambut supaya rambut korang dapat tumbuh lebih sihat dan lebih cepat.Korang perlu potong hujung rambut secara teratur iaitu selama 6 hingga 8 minggu sekali baru lah rambut korang nampak selalu cantik dan sihat,okay?

Harap korang suka entry ni dan insyaallah Syaz akan update entry yang boleh membantu korang,okay?Anyway jangan lupa untuk follow dan klik iklan Nuffnang pada blog Syaz.Syaz akan follow balik dan klik iklan Nuffnang korang pulak.Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang follow dan singgah blog Syaz.Jasa korang Syaz sangat hargai.Terima kasih...

 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Segmen Pencarian Bloglist Jan-Jun 2016


Assalamualaikum...

Good morning!Anyway Happy Holiday,guys!Haa..Syaz tahu yang korang happy gila bila cuti,kan?Sapa tak suka,kan?Cuti,cuti jugak tau tapi jangan lah tidur sampai tengah hari.Tak elok untuk kesihatan.Korang mesti bangun pagi walaupun cuti.Bukan apa bila korang bangun pagi,korang akan rasa wow!So fresh and rasa happy..Sebab tu kena bangun pagi.Ok!Syaz decide korang bangun jer tidur terus mandi.Then,terus keluar rumah hirup udara segar.Series best tau.Korang akan rasa hari korang tu happy jer..Okay,okay..untuk hari ni Syaz sekali lagi nak ajak korang join giveaway dari blogger senior kita iaitu Sya Mimie .Tujuan segmen ni diadakan adalah untuk mencari blogger-blogger baru untuk dimasukkan ke dalam bloglist Sis Sya Mimie kita.So Syaz rasa lebih banyak kita semua join,kita kenal-kenalan dengan blogger baru,kan?Jom!Kita bagi sambutan hangat untuk segmen ni.Jangan lupa tau ajak yang lain,ok?Ok,bye!I will see you soon..Insyaallah :)


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

21 Dec 2015

Contest "Saya Nak Tudung by AY Collection"




KLIK BANNER UNTUK JOIN

SPONSER BY:
AY CollectionNazfea Solehah | Liyana Zullkefly | Ainie Zulaikha

START : 20/12/15 END : 31/12/15

Assalamualaikum...

Hai korang!Selamat tengah hari.Hah!Korang dah lunch?Belum..?Okay,jangan sedih.Insyaallah,korang dapat lunch nya nanti.Untuk hari ni,Syaz nak ajak lagi korang untuk join contest tapi yang ni daripada AY Collection.Apa hadiahnya?Jeng,jeng,jeng...hadiah memang korang akan suka punya.Hadiah daripada contest ni adalah Shawl Keknis,Bawal Crepe Plain,Bawal Crepe Bunga,Review Blog dan diskaun pembelian sebanyak 15% bagi barang ikalinencraft di IG VioraEmpire bagi semua peserta.Amacam?Suko tok?Kalau suko,jomlah kito pi join.Kita join ramai-ramai contest ni,okay?Bye!

 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

18 Dec 2015

First Mini Giveaway by Tashira


Assalamualaikum...

Salam Jumaat!Hari ni cuaca baik and Syaz rasa sangat tenang,Alhamdulillah..By the way,untuk hari ni,Syaz nak ajak hampa semuo join giveaway daripada Tashira .Sapa Tashira?Ha!Kalau korang nak kenal,hang semua kenalah join giveaway yang pertama daripada Tashira ni.Nak tahu hadiah gapo?Ha..maih sini.Kito tengok apo hadiahnyo..

Senarai Hadiah

1.Novel Pre-Love


2.Novel Iman_Box


3.Shawl


4.Shawl Kek Nis


5.Bawal Crepe


6.Topup


Menarik kan hadiah yang ditawarkan?Ha!Apa tunggu lagi.Jom kita join ramai-ramai first giveaway daripada Tashira ni.Kita bagi sambutan hangat,ok?All the best korang!


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

17 Dec 2015

Saya Nak Menang Tudung Bawal Crepe



Assalamualaikum..

So good afternoon guys...I hope that you are happy today,ok?So Syaz nak ajak korang untuk join giveaway daripada Cik Noodle .2 pemenang bertuah akan mendapat 2 helai bawal Crepe setiap seorang dan tarikh tutup bagi giveaway ini pulak adalah pada 31 Disember 2015.Jangan lupa tau ajak kawan-kawan korang yang lain.Lelaki pun boleh join,apa salahnya,kan?Kalau korang dapat jangan lah pulak korang pakai tapi korang bagilah girlfriend korang sebagai hadiah birthday ke ataupun korang buat suprise dekat girlfriend korang.Anyway good luck untuk korang. :)


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

Fesyen Percutian

Assalamualaikum...

Hai korang!Korang tahu kan sekarang tengah cuti sekolah kan?Mesti ramai yang tengah bercuti.Sesiapa yang tak bercuti tu jangan sedih.Mungkin masa ni korang tak dapat pergi mana-mana untuk cuti sekolah ni tapi mana lah tahu kan,tahun depan korang pulak pergi bercuti.Mana lah tahu kan?Insyaallah,ada nya rezeki tu.Cuma kita tak tahu...So untuk hari ni Syaz nak bagi tips fesyen semasa korang tengah bercuti,sekarang ni kan musim cuti sekolah kan?Mestilah korang ada pergi jalan mana-mana kan?Tak kisah lah korang pergi mana tapi fesyen mesti korang kena titik berat kan

1.Backpacker



Ada sapa-sapa tak kat sini,kalau pergi cuti mana-mana lebih suka bawak Backpacker?Pada Syaz memang bagus bawak Backpacker ni sebab tak payah bawak beg besak,besak.Tak ada lah barang yang tertinggal kalau guna Backpacker ni.Barang pun sikit..tapi seriesly Syaz tak pernah pakai beg ni.Biasanya Syaz pakai beg yang besar tu,bukan apa bagi Syaz kalau bawak beg besar memang lah susah nak bawa tapi Syaz lagi suka bawa banyak barang macam contohnya bawa baju banyak-banyak sebab manalah tahu kan,pergi mana-mana tiba-tiba ada orang kotorkan baju kita.Baju yang mana kita nak pakai?Kalau Syaz,Syaz dah jalan ke hulu ke hilir dah.Bagi Syaz lebih baik bawa beg besar,nanti boleh bawa balik souvenir banyak-banyak hehe..Tapi sebenarnya guna Backpacker ni bagus,tak ada lah kita pening nak bawa apa.Kita just bawa beberapa helai baju,seluar,selipar,peralatan mandi dan jaket.Manalah tahu korang cepat sejuk kan?

2.Tahu Keadaan Tempat Peranginan



Yang ni korang kena take note.Kalau korang nak pergi bercuti di luar Malaysia,korang kenalah pakai baju yang sesuai.Bukan apa,kalau negara yang korang pergi bercuti tu mengalami musim sejuk,tak kan korang nak bawak baju t-shirt.Mestilah korang kena bawa baju tebal dan panjang kan?Nanti korang tak rasa sejuk and korang boleh hangatkan badan korang dengan baju tebal yang korang pakai and paling penting,korang tak jatuh sakit.Ha!Yang ni pun korang kena tahu bulan apa yang negara-negara Eropah bertukar musim.Biasa bulan 3-6 musim bunga.So untuk musim bunga,korang tak perlu bawa baju tebal tapi kat sana kalau panas pun bukan macam negara kita.Panas kat sana macam korang pergi Cameron Highland ataupun Genting Highland.So sesiapa yang cepat sejuk,korang mestilah kena bawa baju tebal,ok?

3.Berapa Helai Baju?


Soalan ni lah yang selalu tertanya-tanya sama ada kita pergi bercuti atau pun nak balik kampung,kan,kan?Untuk baju,ianya bergantung pada berapa hari korang pergi bercuti.Kalau lama,mestilah baju kena bawa banyak.Kalau 1 atau 2 hari jer,korang bawalah sikit dalam 5 atau 6 helai macam tu.Tapi kalau korang plan nak pergi waterpark,mestilah kena bawak baju lebih.Bukan apa,kalau bawak sikit nak pakai baju apa?Tak kan korang nak pakai baju korang pergi mandi tadi?Mana boleh macam tu.Mestilah kita nak pakai baju kering selepas mandi kan? Supaya kita rasa selesa.So Syaz decide lebih baik korang bawak baju lebih,mana tahu kan emergency case ke?Ha!Lagi satu.Kalau tempat penginapann korang tu ada sediakan laundry,Syaz rasa tak perlu bawak banyak-banyak bila korang pergi bercuti.Selepas korang bercuti,mestilah korang nak jugak kan bawak benda lain yang korang beli dari tempat korang pergi bercuti,kan?So kalau ada laundry kat tempat penginapan korang tu bagi Syaz kiranya bagus.Tak ada lah susah-susah nak pening nak pakai baju apa nanti kan?

4.Kasut Yang Sesuai


Kasut pun jadi satu masalah kan bila kita nak pergi cuti terutama perempuan..Ehem,ehem..Untuk kasut,Syaz rasa lebih baik kalau korang bawak kasut flat bagi perempuan dan untuk lelaki pulak,Syaz decide korang pakai sneaker.Pakai kasut macam tu korang rasa lebih selesa nak pergi mana-mana.Korang tak payah fikir apa-apa masalah dah bila pakai kasut flat dan sneaker sebab korang tak adalah rasa sakit badan.Girls,Syaz tahu yang korang memang suka gila pakai Heels!Memang tak boleh lari punya...Hehe..Syaz tak galakkan korang pakai Heels sebab bila korang pakai berjam-jam,korang akan rasa sakit belakang.Nak pakai boleh tapi Syaz decide korang bawak sepasang flat shoes supaya bila korang rasa tak selesa pakai heels,korang boleh tukar pakai kasut flat,ok?Ha!Tak lupa juga,kalau korang pergi bercuti kat luar negara,jangan lah pakai kasut yang open.Lebih baik korang pakai boots supaya kaki korang selalu rasa hangat dan tak sejuk,ok?Untuk lelaki,korang kalau bab kasut no problem punya!Korang pakai sneakers pun ok.

5.Aksesori


Girls memang tak boleh lari dari aksesories sebab bila tak ada aksesori rasa macam tak lengkap fesyen yang kita kenakan ataupun dengan kata lain kita rasa macam tak lengkap.Nak bawak aksesori boleh tapi Syaz nasihatkan kat sini jangan bawak terlalu banyak.Mana tahu kan nanti ada yang hilang,kita juga yang susah.Tapi Syaz rasa lebih baik korang tak payah bawak aksesori,korang tak payah dah fikir banyak-banyak untuk fikir "Aksesori aku yang aku bawa hari tu,aku letak mana ea?".Kalau korang rasa nak jugak bawak,korang bawak yang ringan jer,ok?

So that's all untuk hari ni.Syaz nak ucapkan terima kasih dekat korang sebab sudi follow dan singgah blog Syaz.Terima kasih.Gambar dalam entry ni dari Google dan maklumat yang Syaz kongsi dengan korang ni,Syaz ambik dari majalah-majalah lama.Terima kasih sekali lagi... :)

 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

15 Dec 2015

5 Cara Kekal Cergas dan Cerdas

Assalamualaikum

Hai korang!Happy Tuesday!Korang ok hari ni?Bad mood...?Alah,jangan lah macam tu.Ok!Sekarang korang breath in tapi slow,slow tau..jangan laju-laju.Ok!Sekarang breath out.Ok!Buat lagi 2 kali lagi .Sekarang ok?Kalau ok,Syaz nak kongsi cara untuk kekal cergas dan cerdas.Perasaan tak tiap-tiap hari badan kita selalu rasa macam letih jer,kan?Pernah tak korang cakap macam ni. "Kenapa badan aku letih ni.Pada hal aku dah makan banyak and sepatutnya aku ada lebih banyak tenaga daripada tadi." Hmmm...salah tu,salah.Kalau nak rasa cergas dan cerdas,bukan makan banyak-banyak tau .Bukan..Kalau still amalkan tabiat tu,bahaya tau.Nanti jadi lain pulak,Minta-minta jauhlah.Kalau boleh tak nak kan?Kalau korang nak rasa fresh,Syaz ada caranya.Nak tahu?Jom kita pi terjah..

1.Senaman


Hah!Senaman!No,no!Ha!Tak boleh macam tu.Senaman ni banyak faedah tau.Bila korang senaman,korang dapat hindari diri korang daripada macam-macam penyakit.Contohnya,sakit jantung,tekanan darah tinggi,diabetes dan macam-macam lah.Paling best bila korang bersenam,segala toksin dalam badan korang akan terbuang dan korang rasa badan korang fresh gila.Bila korang dah start bersenam,mesti korang rasa nak bersenam lagi sebab korang dah dapat rasa kesegaran bila bersenam and korang juga dapat lupakan semua masalah korang dan dapat hilangkan stress.Tak cuba,tak tahu tau...So korang cuba bersenam,ok?

2.Kurangkan Penggunaan Gajet


Korang tahu kan,sekarang ni zaman smartphone.Kat mana,mana jer mesti main handphone.Hampir 24 jam pegang handphone.Apa kata sekarang ni korang jauhkan diri korang dari handphone.Kalau korang nak tahu,sekarang ni kebanyakan handphone sekarang guna radioaktif.Perasan tak?Lepaskan korang off handphone korang,korang rasa macam relaks sikit kan?Itu tanda handphone tak bagus untuk kita semua.So sekarang,korang cuba buat aktiviti yang korang rasa nak sangat buat dalam hidup  korang.Contohnya,korang main skateboard ke ,baca buku ke ataupun korang buat bisnes.Sekarang kan ramai yang buat bisnes.Korang boleh hasil duit.Tak sia-sia masa yang korang ada...

3.Kurangkan aktiviti menonton televisyen


Ha!Yang ni sudah semestinya aktiviti favourite orang Malaysia kan?Banyakkan cerita-cerita menarik dekat tv.Lagi-lagi cerita Korea kan?Kalau ada cerita Korea yang best-best yang main pukul 1 pagi atau 2 pagi,sanggup tak tidur.Nak tengok cerita Korea semata-mata..Hehe..Ha!Syaz nasihatkan jangan tengok tv terlalu lama sebab bila tengok tv terlalu badan kita cepat lesu and dalam masa yang sama bila korang rasa badan korang lesu,korang pun jadi  malas.Bila korang dah malas,mestilah korang jadi tak bersemangat nak buat apa-apa.Dan untuk pengetahuan korang lagi,bila korang tengok skrin tv atau laptop lama-lam,mata kita boleh rosak tau .Susah tau bila mata kita rosak sebab mata ni lah benda paling utama bagi kita semua.Senang nak buat kerja bila mata kita sihat,kan?

4.Sarapan Berkhasiat


Sarapan berkhasiat tu macam mana ea?Yang tu senang jer...Untuk sarapan,Syaz nak nasihatkan korang minum jus buah-buahan setiap pagi.Tujuannya supaya badan kita rasa fresh dari pagi sampailah waktu malam.Lagi bagus kalau korang minum jus oren.Kenapa jus oren?Nak tahu kenapa?Sebab jus oren ni buat korang lambat lapar.Korang selalu lapar kan?Kan?Ha!Korang minum jus oren tiap-tiap pagi.Korang minum banyak-banyak pun tak apa.Kalau korang tak suka air buah,korang nak minum susu pun boleh!Sebab susu ada kalsium yang boleh menguatkan tulang badan kita.Untuk yang tak suka susu,korang boleh gantikannya dengan air buah.Ok!Untuk makanan pulak,korang mesti makan cereal ataupun bijirin.Sapa kat sini suka makan Koko Krunch?Angkat tangan...!Hehe..sapa yang tak suka makan Koko Krunch kan?Korang patut ambil makanan bijirin macam Koko Krunch sebab makanan bijirin ni ada khasiat penting untuk badan seperti serat,kalsium dan paling penting Koko Krunch ni kurang lemak.Ha!Tak lupa jugak..korang boleh jugak makan telur separuh masak.Sedap tau!Korang makan dengan kicap dan lepas tu,tambah dengan serbuk lada hitam.Ya Allah,sedapppp!Korang akan berasa bertenaga bila makan telur separuh masak.Jom cuba...

5.Rehat Secukupnya


Tidur yang secukupnya sangat penting untuk badan kita semua.Pastikan korang tidur enam jam sehari tapi jangan pulak tidur lebih daripada lapan jam tau.Tak bagus jugaku ntuk badan kita.Bila kita tidur berjam-jam,badan kita rasa sangat lesu.Perasan tak?Dan paling penting jangan tidur lewat malam.Korang nak  tahu tak kenapa kita tak boleh tidur lewat malam dan tak boleh tidur berjam-jam?Nak tahu tak?Ha!Kalau korang nak tahu,kalau kita tidur lewat malam ataupun tak cukup tidur,otak kita tak dapat berfikir sebab otak kita tak rehat.Ha!Ada benda penting yang Syaz nak bagi tahu.Kalau korang tidur,pastikan korang tidur dalam gelap.Korang tak boleh tidur dalam keadaan lampu terbuka.Kenapa?Alah...Ha!Kena take notes pasal ni.Untuk pengetahuan korang,walaupun kita tidur dalam keadaan lampu terbuka tapi otak kita tak tidur.So lebih baik korang tidur dalam gelap,ok?Otak pun kena rehat juga supaya kita dapat hasilkan idea yang bernas dan dapat berfikir dengan baik.

Untuk hari ni,Syaz kongsikan maklumat ni khas untuk korang.Bagi Syaz,Syaz rasa elok kita kongsi ilmu yang kita ada sebab cikgu Syaz cakap bila kita kongsi ilmu,ilmu kita jadi lagi bertambah dan kita lagi mudah faham.Syaz tak pernah lupa apa yang cikgu Syaz selalu nasihatkan Syaz.Terima kasih cikgu!Gambar kat atas daripada Google dan maklumat 5 Cara Kekal Cergas dan Cerdas ni daripada majalah lama yang Syaz kumpul.Terima kasih sebab sudi baca entry ni.Sayang korang :)


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png
 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)