15 Dec 2015

5 Cara Kekal Cergas dan Cerdas

Assalamualaikum

Hai korang!Happy Tuesday!Korang ok hari ni?Bad mood...?Alah,jangan lah macam tu.Ok!Sekarang korang breath in tapi slow,slow tau..jangan laju-laju.Ok!Sekarang breath out.Ok!Buat lagi 2 kali lagi .Sekarang ok?Kalau ok,Syaz nak kongsi cara untuk kekal cergas dan cerdas.Perasaan tak tiap-tiap hari badan kita selalu rasa macam letih jer,kan?Pernah tak korang cakap macam ni. "Kenapa badan aku letih ni.Pada hal aku dah makan banyak and sepatutnya aku ada lebih banyak tenaga daripada tadi." Hmmm...salah tu,salah.Kalau nak rasa cergas dan cerdas,bukan makan banyak-banyak tau .Bukan..Kalau still amalkan tabiat tu,bahaya tau.Nanti jadi lain pulak,Minta-minta jauhlah.Kalau boleh tak nak kan?Kalau korang nak rasa fresh,Syaz ada caranya.Nak tahu?Jom kita pi terjah..

1.Senaman


Hah!Senaman!No,no!Ha!Tak boleh macam tu.Senaman ni banyak faedah tau.Bila korang senaman,korang dapat hindari diri korang daripada macam-macam penyakit.Contohnya,sakit jantung,tekanan darah tinggi,diabetes dan macam-macam lah.Paling best bila korang bersenam,segala toksin dalam badan korang akan terbuang dan korang rasa badan korang fresh gila.Bila korang dah start bersenam,mesti korang rasa nak bersenam lagi sebab korang dah dapat rasa kesegaran bila bersenam and korang juga dapat lupakan semua masalah korang dan dapat hilangkan stress.Tak cuba,tak tahu tau...So korang cuba bersenam,ok?

2.Kurangkan Penggunaan Gajet


Korang tahu kan,sekarang ni zaman smartphone.Kat mana,mana jer mesti main handphone.Hampir 24 jam pegang handphone.Apa kata sekarang ni korang jauhkan diri korang dari handphone.Kalau korang nak tahu,sekarang ni kebanyakan handphone sekarang guna radioaktif.Perasan tak?Lepaskan korang off handphone korang,korang rasa macam relaks sikit kan?Itu tanda handphone tak bagus untuk kita semua.So sekarang,korang cuba buat aktiviti yang korang rasa nak sangat buat dalam hidup  korang.Contohnya,korang main skateboard ke ,baca buku ke ataupun korang buat bisnes.Sekarang kan ramai yang buat bisnes.Korang boleh hasil duit.Tak sia-sia masa yang korang ada...

3.Kurangkan aktiviti menonton televisyen


Ha!Yang ni sudah semestinya aktiviti favourite orang Malaysia kan?Banyakkan cerita-cerita menarik dekat tv.Lagi-lagi cerita Korea kan?Kalau ada cerita Korea yang best-best yang main pukul 1 pagi atau 2 pagi,sanggup tak tidur.Nak tengok cerita Korea semata-mata..Hehe..Ha!Syaz nasihatkan jangan tengok tv terlalu lama sebab bila tengok tv terlalu badan kita cepat lesu and dalam masa yang sama bila korang rasa badan korang lesu,korang pun jadi  malas.Bila korang dah malas,mestilah korang jadi tak bersemangat nak buat apa-apa.Dan untuk pengetahuan korang lagi,bila korang tengok skrin tv atau laptop lama-lam,mata kita boleh rosak tau .Susah tau bila mata kita rosak sebab mata ni lah benda paling utama bagi kita semua.Senang nak buat kerja bila mata kita sihat,kan?

4.Sarapan Berkhasiat


Sarapan berkhasiat tu macam mana ea?Yang tu senang jer...Untuk sarapan,Syaz nak nasihatkan korang minum jus buah-buahan setiap pagi.Tujuannya supaya badan kita rasa fresh dari pagi sampailah waktu malam.Lagi bagus kalau korang minum jus oren.Kenapa jus oren?Nak tahu kenapa?Sebab jus oren ni buat korang lambat lapar.Korang selalu lapar kan?Kan?Ha!Korang minum jus oren tiap-tiap pagi.Korang minum banyak-banyak pun tak apa.Kalau korang tak suka air buah,korang nak minum susu pun boleh!Sebab susu ada kalsium yang boleh menguatkan tulang badan kita.Untuk yang tak suka susu,korang boleh gantikannya dengan air buah.Ok!Untuk makanan pulak,korang mesti makan cereal ataupun bijirin.Sapa kat sini suka makan Koko Krunch?Angkat tangan...!Hehe..sapa yang tak suka makan Koko Krunch kan?Korang patut ambil makanan bijirin macam Koko Krunch sebab makanan bijirin ni ada khasiat penting untuk badan seperti serat,kalsium dan paling penting Koko Krunch ni kurang lemak.Ha!Tak lupa jugak..korang boleh jugak makan telur separuh masak.Sedap tau!Korang makan dengan kicap dan lepas tu,tambah dengan serbuk lada hitam.Ya Allah,sedapppp!Korang akan berasa bertenaga bila makan telur separuh masak.Jom cuba...

5.Rehat Secukupnya


Tidur yang secukupnya sangat penting untuk badan kita semua.Pastikan korang tidur enam jam sehari tapi jangan pulak tidur lebih daripada lapan jam tau.Tak bagus jugaku ntuk badan kita.Bila kita tidur berjam-jam,badan kita rasa sangat lesu.Perasan tak?Dan paling penting jangan tidur lewat malam.Korang nak  tahu tak kenapa kita tak boleh tidur lewat malam dan tak boleh tidur berjam-jam?Nak tahu tak?Ha!Kalau korang nak tahu,kalau kita tidur lewat malam ataupun tak cukup tidur,otak kita tak dapat berfikir sebab otak kita tak rehat.Ha!Ada benda penting yang Syaz nak bagi tahu.Kalau korang tidur,pastikan korang tidur dalam gelap.Korang tak boleh tidur dalam keadaan lampu terbuka.Kenapa?Alah...Ha!Kena take notes pasal ni.Untuk pengetahuan korang,walaupun kita tidur dalam keadaan lampu terbuka tapi otak kita tak tidur.So lebih baik korang tidur dalam gelap,ok?Otak pun kena rehat juga supaya kita dapat hasilkan idea yang bernas dan dapat berfikir dengan baik.

Untuk hari ni,Syaz kongsikan maklumat ni khas untuk korang.Bagi Syaz,Syaz rasa elok kita kongsi ilmu yang kita ada sebab cikgu Syaz cakap bila kita kongsi ilmu,ilmu kita jadi lagi bertambah dan kita lagi mudah faham.Syaz tak pernah lupa apa yang cikgu Syaz selalu nasihatkan Syaz.Terima kasih cikgu!Gambar kat atas daripada Google dan maklumat 5 Cara Kekal Cergas dan Cerdas ni daripada majalah lama yang Syaz kumpul.Terima kasih sebab sudi baca entry ni.Sayang korang :)


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

8 comments:

sofie adie said...

rehat memang kena cukup!
^_^

Aqilah Azmi said...

yayyyyy qila tak cergas/cerdas ahahahaha thank u!

Nur Khairul Azizi Mohamad said...

Wah bagus tips ni...anyway jemput le join kontest MYiDEAKiNi yang kini berlangsung yer... :-D

http://www.myideakini.com/2015/12/kontest-seo-myideakinicom-2015.html

Umie Yana said...

Thanx ye untuk tips tu.. boleh ikut lepas nie.. lagi2 yg nombor 1 tu.. haihh malas betul nak senam.. :P

Mazni Munawar said...

alamak selalu sangat guna gadget T__T btw thanksss!

Meura metsu said...

kurangkan no 2 dengan 3 tuu cem susuhhhh skit

Cik Yanie said...

info yg baik.

Nurhuda Ismail said...

erk sume tips ni huda x follow patotla x cergas

 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)