26 Dec 2015

Cara Diet Yang Betul

Assalamualaikum...

Hai korang.Happy Saturday,guys!So untuk hari ni Syaz nak share dengan korang cara nak diet dengan betul untuk dapatkan badan yang cantik,sihat and paling penting langsing.Sapa tak nak kan badan yang yang ideal?Kalau korang nak diet bukan dengan cara menahan lapar tau tapi ada caranya yang betul.Nak diet bukan susah tapi korang kena makan ikut waktu untuk dapatkan badan yang cantik tanpa menahan lapar.Apa yang korang perlu buat just makan ikut waktu,okay?Ha!Kat bawah ni ialah waktu yang korang perlu on time bila nak makan dan perlu buatnya setiap hari untuk dapatkan badan yang sihat and jangan risau,korang tak kan lapar bila korang makan ikut waktu.Series,Syaz dah pernah cuba.Boys pun boleh ikut jadual ni untuk dapatkan badan yang cantik and sasa gitu!

7.00 pagi


Pada masa ni korang kena bangun tidur tepat pada pukul 7.00 pagi.No excuses,okay?Tapi lagi bagus kalau korang bangun terus selepas korang solat Subuh.Korang akan dapat lebih banyak udara segar pada waktu pagi.Bila korang dapat fresh air,korang akan rasa so happy bila bangun pagi berbanding bangun tidur pada waktu tengah hari.Badan korang pun akan berasa lebih bertenaga dan semangat korang pun akan berkobar-kobar bila bangun awal.Ha!Lepas korang bangun tidur jer,jangan lupa tau untuk buat sedikit regangan.Apa yang korang perlu buat ialah korang rapatkan kedua-dua lutut korang ke perut dan dakap selama beberapa saat tapi lebih baik korang buat dalam 30 saat.Tujuan buat regangan selepas bangun tidur adalah untuk mengembalikan kedudukan saluran cerna korang.Regangan tu simple jer and tak ambil masa yang lama.

7.30 pagi


Minum segelas air kosong selepas korang bangun daripada tidur korang.Kalau korang nak tahu,ianya adalah untuk melancarkan sistem pencernaan kita semua supaya sistem pencernaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.Pastikan korang minum air 8 gelas setiap hari supaya korang tak berasa cepat letih terutamanya sewaktu musim panas.

8.00 pagi


Pada masa ni pulak,apa yang korang kena buat ialah ambil sarapan pada masa ni.Untuk sarapan,seperti yang sebelum ni Syaz ada share dengan korang yang korang perlu banyakkan makan cereal semasa korang ambil sarapan supaya korang tak berasa cepat letih dan mengantuk sewaktu korang tengah belajar dalam kelas ataupun semasa korang buat aktiviti.Tak pun korang boleh makan telur separuh masak untuk beri korang tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.Sebab tu lah kita kena ambil sarapan.Sebab sarapan lah yang beri kita tenaga untuk buat segala aktiviti dalam seharian.So untuk menu sarapan pastikan menu sarapan korang seimbang antara protein dan karbohidrat,okay?

10.00 pagi


Pukul 10.00 pagi ni,korang kena minum pagi pada masa ni.Menu minum pagi mestilah tidak berat dan tak boleh lebih daripada 10% daripada keseluruhan diet setiap hari.Tapi lebih baik kalau korang makan sesuatu yang berasaskan yogurt sebab yogurt ni mengandungi probiotik yang sangat bagus dan baik untuk pencernaan.So jangan lupa makan makanan yang berat.Minum pagi ni tujuannya untuk elakkan korang rasa lapar jer,okay?

12.00 tengah hari


Attention!Yang ni korang kena take note betul,betul!Makan tengah harilah yang kedua paling penting.Walaupun kedua paling penting,korang take note jugak apa-apa pun.Jangan pandang remeh pasal makan tengah hari sebab makan tengah hari ni lah yang beri kita tenaga untuk lakukan aktiviti sebelah petang pulak.Untuk pengetahuan korang,bahagian makan tengah hari adalah yang paling besar iaitu sekitar 35-45% daripada keseluruhan diet seharian.Menu yang disarankan adalah yang lengkap gizinya seperti nasi,ayam ataupun daging,tauhu atau tempe dan sayur.Syaz nak nasihatkan korang kalau dalam menu seharian korang tu,korang dah makan ayam.Untuk waktu makan lain,korang jangan makan ayam atau daging lagi sebab ayam dan daging susah nak cerna.So dalam mana-mana menu makan korang,korang mesti makan sekali jer ayam ataupun daging,okay?Dan satu lagi,untuk menu makan tengah hari,korang kena kurangkan makan makanan yang berminyak,berlemak dan bersantan sebab kolestrol dalam makanan tersebut sangat tinggi dan korang kena elakkan jugak makan sayuran yang boleh merangsang gas seperti brokoli.Ehem,ehem..faham,faham lah yer.

2.00 petang


Untuk buatkan korang kekal fresh and merangsang otak korang sentiasa cerdas,korang kena makan sedikit kudapan atau dengan kata lain makanan ringan seperti kacang,roti,biskut,buah-buahan dan lain-lain.Tapi kalau Syaz,Syaz lagi suka kalau time ni Syaz makan buah-buahan seperti buah epal ataupun buah oren yang mana kaya dengan serat,vitamin dan mineral supaya kita sentiasa rasa fresh dan badan tidak rasa lesu walaupun pada waktu petang.Syaz nak nasihatkan korang untuk elakkan makan makanan yang bergoreng tapi lagi bagus kalau korang tak makan langsung untuk waktu makan masa ni.Barulah badan korang sentiasa cantik.

4.00 petang


Ha!Yang ni Syaz tahu sangat.Time-time macam ni lah kita selalu rasa laparkan termasuk Syaz.Hehe..biasanya Syaz kalau lapar Syaz tak kan makan benda lain selain buah.Tapi kadang-kadang Syaz rasa bosan jugak kan kalau selalu makan buah.Syaz akan makan benda-benda yang ringan contohnya biskut ataupun roti.Menunya lebih kurang macam menu makan pada pukul 2.00 petang tadi.Untuk masa ni,kalau korang nak makan kuih-muih ataupun dessert pun boleh tapi dalam kuantiti yang sedikit.Tapi it is better if kalau korang makan semangkuk sup untuk mengelak korang lapar.Kalau korang nak tahu,kandungan sup yang berasaskan air tu akan memudahkan lagi proses pencernaan.Korang nak makan creamy soup pun boleh tapi jangan makan instant soup ataupun dengan kata lain sup segera.Korang nak tahu kenapa?Hah!Kalau korang nak tahu instant soup ni sebenarnya mempunyai kandungan garam yang tinggi.So elakkan daripada makan instant soup sebab nanti korang kena high blood pressure pulak.

6.30 petang


Syaz nak ingatkan korang kalau nak makan malam,korang mesti makan sebelum pukul 7 malam supaya badan korang sentiasa kekal ideal dan makanan dapat dicernakan dengan lebih baik.Untuk makan malam,korang kena makan dalam 20-25% daripada keseluruhan diet seharian korang.Menu yang disarankan pulak adalah nasi,ikan rebus dan sayur.Dan paling penting,korang kena elakkan daripada makan terlalu banyak pada waktu makan malam dan elakkan jugak makan makanan yang berkolestrol tinggi seperti burger,makanan ringan dan seafood.Nak makan boleh tapi korang kena kurangkan supaya korang dapat menjaga badan supaya sentiasa ideal.

9.00 malam


Untuk masa ni,Syaz rasa lebih baik kalau korang minum segelas air kosong ataupun teh herba sebagai hidangan korang sebelum tidur.Ia akan merangsang sistem pencernaan supaya sistem pencernaan kita terus berkerja sepanjang malam untuk membersihkan sisa-sisa makanan dalam tubuh pada pagi hari.Untuk korang yang ada masalah perut kembung,jadikan minum air kosong ataupun teh herba sebagai rutin seharian korang supaya korang dapat memastikan pencernaan sentiasa lancar di samping membuang angin yang termendap.Kalau Syaz,Syaz lagi suka kalau minum susu sebelum tidur.Tujuannya adalah supaya tidur kita lebih nyenyak.Untuk korang yang rasa macam susah gila nak tidur,Syaz decide korang minum segelas susu setiap hari sebelum korang tidur supaya korang dapat tidur dengan nyenyak.

So Syaz share just apa yang Syaz rasa baik untuk kita semua supaya kita dapat hasilkan badan yang sihat tanpa penyakit dan badan yang cantik dan langsing.Insyaallah Syaz akan share lebih banyak lagi apa yang Syaz baca.Terima kasih tak terhingga kepada semua blogger yang singgah dekat blog Syaz.Terima kasih sekali lagi.Harap entry ni dapat membantu korang.Bye!

 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

5 comments:

najwa zahid said...

yg penting sarapan jgn tinggal

Astrallusion Arc said...

Thanks for info ;)

Syaz Zamrose said...

You are welcome :)

hafsah choing said...

Kalau saya pula, sarapan wajib, air mineral jangan tinggal dan jogging.
makan malam sebelum maghrib atau paling lewatpun sebelum isya'.
malas sangat nak jog, boleh main lompat tali (skipping)..hehehe :D

Sarah Amran said...

Tips yang menarik :)

 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)