17 Dec 2015

Fesyen Percutian

Assalamualaikum...

Hai korang!Korang tahu kan sekarang tengah cuti sekolah kan?Mesti ramai yang tengah bercuti.Sesiapa yang tak bercuti tu jangan sedih.Mungkin masa ni korang tak dapat pergi mana-mana untuk cuti sekolah ni tapi mana lah tahu kan,tahun depan korang pulak pergi bercuti.Mana lah tahu kan?Insyaallah,ada nya rezeki tu.Cuma kita tak tahu...So untuk hari ni Syaz nak bagi tips fesyen semasa korang tengah bercuti,sekarang ni kan musim cuti sekolah kan?Mestilah korang ada pergi jalan mana-mana kan?Tak kisah lah korang pergi mana tapi fesyen mesti korang kena titik berat kan

1.Backpacker



Ada sapa-sapa tak kat sini,kalau pergi cuti mana-mana lebih suka bawak Backpacker?Pada Syaz memang bagus bawak Backpacker ni sebab tak payah bawak beg besak,besak.Tak ada lah barang yang tertinggal kalau guna Backpacker ni.Barang pun sikit..tapi seriesly Syaz tak pernah pakai beg ni.Biasanya Syaz pakai beg yang besar tu,bukan apa bagi Syaz kalau bawak beg besar memang lah susah nak bawa tapi Syaz lagi suka bawa banyak barang macam contohnya bawa baju banyak-banyak sebab manalah tahu kan,pergi mana-mana tiba-tiba ada orang kotorkan baju kita.Baju yang mana kita nak pakai?Kalau Syaz,Syaz dah jalan ke hulu ke hilir dah.Bagi Syaz lebih baik bawa beg besar,nanti boleh bawa balik souvenir banyak-banyak hehe..Tapi sebenarnya guna Backpacker ni bagus,tak ada lah kita pening nak bawa apa.Kita just bawa beberapa helai baju,seluar,selipar,peralatan mandi dan jaket.Manalah tahu korang cepat sejuk kan?

2.Tahu Keadaan Tempat Peranginan



Yang ni korang kena take note.Kalau korang nak pergi bercuti di luar Malaysia,korang kenalah pakai baju yang sesuai.Bukan apa,kalau negara yang korang pergi bercuti tu mengalami musim sejuk,tak kan korang nak bawak baju t-shirt.Mestilah korang kena bawa baju tebal dan panjang kan?Nanti korang tak rasa sejuk and korang boleh hangatkan badan korang dengan baju tebal yang korang pakai and paling penting,korang tak jatuh sakit.Ha!Yang ni pun korang kena tahu bulan apa yang negara-negara Eropah bertukar musim.Biasa bulan 3-6 musim bunga.So untuk musim bunga,korang tak perlu bawa baju tebal tapi kat sana kalau panas pun bukan macam negara kita.Panas kat sana macam korang pergi Cameron Highland ataupun Genting Highland.So sesiapa yang cepat sejuk,korang mestilah kena bawa baju tebal,ok?

3.Berapa Helai Baju?


Soalan ni lah yang selalu tertanya-tanya sama ada kita pergi bercuti atau pun nak balik kampung,kan,kan?Untuk baju,ianya bergantung pada berapa hari korang pergi bercuti.Kalau lama,mestilah baju kena bawa banyak.Kalau 1 atau 2 hari jer,korang bawalah sikit dalam 5 atau 6 helai macam tu.Tapi kalau korang plan nak pergi waterpark,mestilah kena bawak baju lebih.Bukan apa,kalau bawak sikit nak pakai baju apa?Tak kan korang nak pakai baju korang pergi mandi tadi?Mana boleh macam tu.Mestilah kita nak pakai baju kering selepas mandi kan? Supaya kita rasa selesa.So Syaz decide lebih baik korang bawak baju lebih,mana tahu kan emergency case ke?Ha!Lagi satu.Kalau tempat penginapann korang tu ada sediakan laundry,Syaz rasa tak perlu bawak banyak-banyak bila korang pergi bercuti.Selepas korang bercuti,mestilah korang nak jugak kan bawak benda lain yang korang beli dari tempat korang pergi bercuti,kan?So kalau ada laundry kat tempat penginapan korang tu bagi Syaz kiranya bagus.Tak ada lah susah-susah nak pening nak pakai baju apa nanti kan?

4.Kasut Yang Sesuai


Kasut pun jadi satu masalah kan bila kita nak pergi cuti terutama perempuan..Ehem,ehem..Untuk kasut,Syaz rasa lebih baik kalau korang bawak kasut flat bagi perempuan dan untuk lelaki pulak,Syaz decide korang pakai sneaker.Pakai kasut macam tu korang rasa lebih selesa nak pergi mana-mana.Korang tak payah fikir apa-apa masalah dah bila pakai kasut flat dan sneaker sebab korang tak adalah rasa sakit badan.Girls,Syaz tahu yang korang memang suka gila pakai Heels!Memang tak boleh lari punya...Hehe..Syaz tak galakkan korang pakai Heels sebab bila korang pakai berjam-jam,korang akan rasa sakit belakang.Nak pakai boleh tapi Syaz decide korang bawak sepasang flat shoes supaya bila korang rasa tak selesa pakai heels,korang boleh tukar pakai kasut flat,ok?Ha!Tak lupa juga,kalau korang pergi bercuti kat luar negara,jangan lah pakai kasut yang open.Lebih baik korang pakai boots supaya kaki korang selalu rasa hangat dan tak sejuk,ok?Untuk lelaki,korang kalau bab kasut no problem punya!Korang pakai sneakers pun ok.

5.Aksesori


Girls memang tak boleh lari dari aksesories sebab bila tak ada aksesori rasa macam tak lengkap fesyen yang kita kenakan ataupun dengan kata lain kita rasa macam tak lengkap.Nak bawak aksesori boleh tapi Syaz nasihatkan kat sini jangan bawak terlalu banyak.Mana tahu kan nanti ada yang hilang,kita juga yang susah.Tapi Syaz rasa lebih baik korang tak payah bawak aksesori,korang tak payah dah fikir banyak-banyak untuk fikir "Aksesori aku yang aku bawa hari tu,aku letak mana ea?".Kalau korang rasa nak jugak bawak,korang bawak yang ringan jer,ok?

So that's all untuk hari ni.Syaz nak ucapkan terima kasih dekat korang sebab sudi follow dan singgah blog Syaz.Terima kasih.Gambar dalam entry ni dari Google dan maklumat yang Syaz kongsi dengan korang ni,Syaz ambik dari majalah-majalah lama.Terima kasih sekali lagi... :)

 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

3 comments:

najwa zahid said...

part baju tu yg slalu mushkil. Nk bawak byk mana....lpas tu rsa mcm smua bju tu pntg.

Cik Yanie said...

nice sharing..

Nurhuda Ismail said...

nanti nak g jejalan kene terjah entry ni balik

 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)