22 Dec 2015

Katakan Tidak Pada Rambut Bercabang !

Assalamualaikum...

Happy Holiday guys!Yeah!Cuti!Sapa yang tak suka cuti,kan?Mestilah suka..Tipulah kalau korang tak suka cuti.Anyway,untuk hari ni,Syaz nak share dengan korang satu benda.Hmm...amacam?Nak tahu tak?Tapi topic yang Syaz nak share hari ni pasal perempuan lah!Sorry kaum lelaki..Perempuan selalu ada masalah rambut ,kan?Masalah rambut yang selalu jadi pada perempuan ialah rambut kering,rambut gugur,rambut bercabang,rambut berbuah dan lain-lain.Masalah-masalah ni lah yang selalu buat perempuan stress,kan?Terutamanya bila rambut gugur..Aiyo!Rambut bersepah kat lantai bila kita menyapu,kan?Haiya!Macam mana ini,itu punya rambut banyak gugur...?Huwaaa...Okay,Girls! untuk kali ni Syaz nak share dengan korang cara elakkan rambut korang bercabang.Pernah jadi kat korang?Mestilah pernah,kan?Nak tahu macam mana?Jom kita baca setiap abjad dekat entry ni..

1.Syampu Anti Alkohol

Syaz nak bagi tahu korang untuk kurangkan pakai syampu yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.Untuk pengetahuan korang,kalau korang selalu pakai syampu yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi rambut korang akan menjadi terlampau kering.Maksud Syaz kat sini,rambut korang nanti nampak macam tak bermaya bila korang selalu guna symapu yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.It is better kalau korang pakai syampu yang bebas dari alkohol dan lebih bagus lagi kalau korang pakai syampu yang bahannya terdiri daripada sumber semula jadi sebab rambut korang akan jadi lebih sihat dan korang dapat jaga rambut korang dengan baik.and yang paling penting,tiada kesan sampingan. :)

2.Kering Secara Alami

Syaz maksud kan kat sini ialah korang tak perlu guna Hair Dryer untuk keringkan rambut korang.Korang akan naikkan bil elektrik lagi bila korang guna Hair Dryer tiap-tiap hari.Lagi bagus kalau korang keringkan rambut secara semula jadi ataupun Syaz cadangkan,kalau korang naik kereta korang bukak tingkap kereta biar angin dari luar kereta keringkan rambut korang.Jimat dui,kan?Haha...Syaz gurau jer okay..Tapi Syaz rasa lebih baik kalau korang kering kan rambut secara semula jadi sebab rambut korang akan lebih tersisir rapi dan cantik secara semula jadi tapi yang paling penting jimat bil elektrik..hehe..Kalau korang nak jugak buat blow dry boleh tapi Syaz nasihatkan untuk kurangkan cara blow dry.Okay?

3.Rawat Rambut Secara Berkala



Rambut pun mesti ada rawatan tau supaya rambut korang nampak cantik dan sihat.Korang boleh pergi salon untuk membuat rawatan rambut supaya rambut lebih cantik dan terpelihara.Tapi korang jugak boleh buat rawatan sendiri dekat rumah supaya korang boleh jimatkan duit belanja korang.Nak tahu?Series nak tahu?Okay,yang tu senang jer.Apa yang korang perlu sediakan ialah sebutir telur tapi ambil kuningnya sahaja,tiga sudu teh minyak zaitun dan satu sudu madu.Pastikan madu yang korang guna mesti madu original 100%.Sekarang,korang ambil kuning telur tadi,masukkan dalam satu bekas.Then,campurkan dengan tiga sudu minyak zaitun.Lepas tu,korang campur pulak dengan satu sudu madu.Kemudian,kacau sehingga rata.Dah kacau sehingga rata,korang just sapu dekat rambut korang.Biarkan selama 30 minit dan selepas 30 minit bilas dengan air biasa sahaja.Siap!Korang rasa rambut korang macam mana.Okay tak?

4.Potong Rambut Secara Teratur





Ting,ting,ting..ha!Ni paling penting and korang perlu take notes pasal ni.Untuk elakkan rambut korang bercabang korang perlu potong hujung rambut supaya rambut korang dapat tumbuh lebih sihat dan lebih cepat.Korang perlu potong hujung rambut secara teratur iaitu selama 6 hingga 8 minggu sekali baru lah rambut korang nampak selalu cantik dan sihat,okay?

Harap korang suka entry ni dan insyaallah Syaz akan update entry yang boleh membantu korang,okay?Anyway jangan lupa untuk follow dan klik iklan Nuffnang pada blog Syaz.Syaz akan follow balik dan klik iklan Nuffnang korang pulak.Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang follow dan singgah blog Syaz.Jasa korang Syaz sangat hargai.Terima kasih...

 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

8 comments:

Aqilah Azmi said...

weee thankssss heheeh

sofie adie said...

xpernah rawat rambut... T^T

nayfatimah rasyid said...

selamat bercutiii

Asya Atien said...

xlrat tukaq shampo dh xsesuai

Naseha Aika said...

thanks for the sharing ^^ btw, tak pernah dgr pula rambut berbuah. hikhik

najwa zahid said...

btul2, kna keringkan scara smula jadi, bru rmbut x cepat rosak. nak cepat sikit, duduk dkt kipas. hehe

Siti Yang Menaip said...

x penah gi treatment.. ehehe..

Mormor said...

tak pernah lagi buat treatment guna bahan semulajadi. hihi

 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)