14 Dec 2015

Makanan Mana Paling Sihat?

Assalamualaikum...

Sore..Apa khabar kamu semuanya?Baik aja?Ok untuk petang ni,Syaz nak bagitahu korang pasal makanan mana paling sihat dalam banyak-banyak makanan.Sebut pasal makanan jer mesti semua fokus kan?Ada yang baiki kedudukan spek mata supaya dapat fokus seratus peratus.Ada yang baiki rambut supaya rambut tak mengganggu korang nak baca.Ok,dah ready?Jom..


1.Popcorn vs Tortilla Chips




Korang mesti selalu makan popcorn kan?Especially bila pergi tengok wayang.Memang tak sah kalau pergi tengok wayang tak ada popcorn.Tapi korang tahu tak sebenarnya kalau korang makan popcorn sebanyak 100 gram popcorn tu mempunyai kandungan lemak sebanyak 74 gram dan nilai kalorinya pula 410 kalori.Adoi!Tingginya kalorinya!Kalau korang nak tahu,tu baru popcorn yang tak ada pewarna dan perasa.Bukan yang macam-macam perasa sekarang ni,yang ada popcorn cheese,popcorn caramel...Sedap memang sedap tapi kena berjaga-jaga,nanti kita pula yang sakit.Nak makan boleh tapi berwaspada.Tapi lebih baik mencegah daripada mengubati.

Tapi kalau korang nak juga makan snek macam tu,apa kata korang gantikan popcorn tu dengan Tortilla Chip?Korang pernah dengar?Tak pernah kan?Tapi Syaz sure sangat yang korang pernah nampak kat tv tapi tak pernah makan kan?Syaz pun sama..Untuk pengetahuan korang,Tortilla Chips ni macam sejenis makanan snek daripada Mexico dan snek ni diperbuat daripada jagung,minyak sayuran,garam dan air.Sejarahnya pula,Tortilla Chips dihasilkan secara besar-besar pada akhir tahun 1940.Dan benda paling penting yang korang perlu tahu adalah kalau korang makan 100 gram Tortilla Chips lemak yang terkandung dalamnya adalah 734 gram tetapi nilai kalorinya pula hanay 144 kalori.Ha!Yang mana paling elok untuk dimakan?Popcorn ke?Tortilla Chips?Mestilah Tortilla Chips kan?


2.Cookies vs French Fries




Korang suka makanan mana?Conform,confirm korang pilih French Fries kan?Syaz nasihatkan kat sini untuk kurangkan makan French Fries.Kenapa?Sebab French Fries ni ada kandungan garam yang tinggi.Tak elok tau untuk kesihatan.Boleh kena tekanan darah tinggi.Bahaya tau.Lebih baik korang makan cookies.Tapi janganlah makan yang kat luar punya.Lebih baik korang buat homemade cookies korang.Lagi sedap daripada cookies kat pasar raya tu.Cookies kat pasar raya tu mempunyai kandungan gula tinggi.Ayo!Boleh kena diabetes ma.Kalau kat rumah,korang boleh bake cookies apa-apa jenis pun boleh.Nak buat cookies yang ada chocolate chips ke,cookies ada buah ke,macam-macam cookies lah boleh buat.Sedap tau kalau makan time-time musim hujan.Yummy!

Tak tahu nak buat cookies?Itu senang saja!Senang umpama kacang pis pis..!Korang just pergi ke blog ni( Buat Wanita ).Blog ni bukan saja untuk perempuan yang suka buat dessert tapi untuk lelaki pun boleh.Apa salahnya kan kalau lelaki belajar memasak?So balik pada topik tadi...lagi baik kalau korang makan cookies sebab cookies have less calories than French Fries.So kite tukar menu makan kita jom!


3.Cupcakes vs Blueberry Muffin





Pernah terfikir tak,apa beza cupcakes dengan muffins?Kalau korang nak tahu sebenarnya cupcakes ni sebenarnya dipukul lebih lama berbanding dengan muffin supaya cupcake yang dihasilkan nanti gebu bila dimakan.Ya Allah!Meleleh air liur hamba.Haha...sapak tak terliur dengan cupcakes.Dahlah berwarna-warni.Cute pulak tuh.Syaz yakin sangat bila korang pergi kedai cake,korang mesti pergi usha-usha cupckes yang comel-comel kan?Haha..kita sama!Bagi Syaz tak payah makan cake pun tak apa.Cukup lah cupcakes yang comel tu..hehe..Lagi bagus kalau tak makan.Simpan jer dalam peti ais.Bukan apa,comel sangat lah!Cute memang lah cute tapi..Ha!Ada tapi tau..Cupcakes mempunyai nilai kalori yang tinggi iaitu 385 kalori per sebiji.Adoi!Sebiji cupcakes pun dah tinggi..Amma!

Habis tu,kalau nilai kalori muffin berapa pulak?Jeng,jeng,jeng...Untuk muffin,nilai kalorinya lagi rendah berbanding dengan cupcakes.Nilai kalorinya hanya 250 kalori sahaja.Kalau gula dalam muffin tu diganti dengan strawberry ataupun blueberry,lagilah rendah kalorinya.So yang mana korang rasa lagi sihat untuk dimakan?Mesti lah muffin blueberry..Sedapnya dapat makan muffin blueberry...


4.Frozen Yogurt vs Salad Buah




Cuba korang teka yang mana satu nilai kalorinya tinggi?Mestilah Frozen Yogurt!Syaz bukan nak cerita pasal movie Frozen tu ea tapi Syaz nak cakap pasal makanan.Untuk pengetahuan korang,yogurt mempunyai nilai kalori sebanyak 221 kalori.Tak sangka kan?Tapi salad buah berapa pulak kalorinya?Untuk salad buah,nilai kalorinya hanya 125 kalori sahaja.Sebab tu lah kita kena makan buah-buahan.Macam-macam khasiat yang ada pada buah-buahan yang mana penting untuk tubuh badan kita.Kalau sesiapa yang tak suka buah,cuba korang jadikan buah tu sebagai snack.Bila korang buat macam tu kan,lama-lama snack buah yang korang makan tu,jadi tabiat korang hari-hari.Korang dapat elak diri korang daripada penyakit and kulit pun cantik macam Che Ta.

Kalau tak jadi,apa kata korang buat aiskrim buah ke ataupun kalau tak jadi jugak,korang blend dengan yogurt.Sedap tau!Rugi tak cuba.Hari tu,Syaz ada pergi ke klinik.Doktor cakap kalau time demam elok makan yogurt.Korang jangan lah makan yogurt yang kosong tapi makan yogurt yang ada buah.Ok?Tak cuba,tak tahu...

5.Brownies vs Donut



Kalau ada orang belanja korang makan dessert,korang nak makan dessert mana?Mesti korang nak Donut kan?Sapa yang tak suka donut angkat tangan?Tak ada kan?Semua orang suka donut.Pilihan yang tepat sekali korang pilih sebab kalau korang nak tahu,donut mempunyai nilai kalori sebanyak 150 kalori dan 8 gram lemak.So lepas ni,jangan tukar menu tau sebab donut lagi sihat berbanding dengan brownies.Brownies mempunyai nilai kalori sebanyak 500 kalori dan 16 gram lemak.Banyaknya!So kurang kan makan brownies,ok?

Untuk hari ni,itu sahaja yang Syaz boleh kongsikan.Gambar-gambar dekat atas Syaz ambil dari Google dan maklumat makanan ni pulak Syaz dapat dari majalah lama.Terima kasih sebab sudi baca entry ni.Bye!


 photo SignatureWawaNiesya_zps1a264863.png

4 comments:

Aisya 사구라 said...

sangat menarik hokay entry ni. hmmm waduh dah lah suka makan popcorn. lepas ni kena berpada-pada lah nampaknya...
thanks for sharing!

Aqilah Azmi said...

ya allah!!!!!!
semua sedappppppp hahhaha
thank u wak <33333

Liyana said...

huhu . baru tahu info semua ni . great entry :D lepas ni boleh la bijak sikit bila shopping . haha

The Talking Diary

ros nordin said...

suka semuanya, hehehe :)

 
Copyright© 2014 blog WawaNiesya | Designed by:http://cik-jarimanis.blogspot.com (CikJariManis)